Ada tak ibu ibu dekat sini yang pernah mengalami sakit gigi ketika hamil? Kalau pernah, apa yang ibu-ibu lakukan waktu sakit tu ya? Jom baca artikel dari blog Verde Amani ini untuk memahami masalah sakit gigi ketika hamil ini ya.
Bagaimana Sakit Gigi Ketika Hamil Boleh Berlaku?
Punca paling utama sakit gigi, tidak kira sama ada sakit gigi ketika hamil atau tidak adalah penjagaan gigi dan gusi yang kurang memuaskan.
Mual-mual semasa mengandung adalah satu benda yang biasa dialami oleh semua ibu disebabkan perubahan hormon. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang jadi sangat sensitif dengan bau-bauan, terutamanya bau ubat gigi.
Apa yang boleh dijadikan kaitan disini adalah bila ibu mengelak terlalu kerap untuk memberus gigi dan flos dengan betul.
Ibu yang kerap muntah seharusnya perlu berkumur selepas mual, jika tidak tahan berus selalu. Apa yang terjadi adalah refluks asid akibat muntah boleh merosakkan gigi. Asid yang berlebihan boleh menyebabkan hakisan enamel, seterusnya lebih berisiko untuk masalah gigi berlubang atau reput.
Gula (berlebihan) musuh gigi
Mengidam makanan itu juga adalah biasa. Jadi, memang faham sangatlah kalau selera makan tu jadi luar biasa kannn. Rasanya, tak ada orang lain terutamanya suami akan halang bab makan ni bila berbadan dua. Kejam noookkk…
Namun, ibu-ibu masih perlu beringat untuk jaga pengambilan GULA dan KARBOHIDRAT dalam makanan dan minuman. Bakteria di dalam mulut menggunakan gula dan karbohidrat untuk menghasilkan asid.
Senang cerita, lagi banyak asid, lagi terdedahlah gigi kepada kaviti. Maka, terjadilah sakit gigi ketika hamil.
“Baby Sedut Kalsium Ibu” – Fakta atau Auta? | Dilema Sakit Gigi Ketika Hamil
Ada yang mengaitkan masalah sakit gigi ini dengan kurangnya kalsium untuk ibu mengandung. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu.
Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Namun, dakwaan yang kurangnya kalsium disebabkan bayi ‘sedut’ daripada anda adalah mitos semata-mata ya. Kalsium tersebut hanya diserap masuk kepada bayi dari pengambilan susu dan makanan lain yang mengandungi kalsium
Bahaya Membiarkan Sakit Gigi Melarat Untuk Ibu Mengandung
1|Sakit gigi akan melarat kepada sakit gusi
Plak atau karang gigi yang terbentuk boleh mengakibatkan kepada sakit gusi. Gusi adalah antara struktur yang menyokong gigi. Antara masalah gusi yang boleh timbul adalah keradangan gusi (gingivitis) dan periodontitis.
2| Ibu berisiko untuk melahirkan anak lebih awal
Menurut artikel yang dikeluarkan oleh KKM ini, terdapat hasil kajian yang menyokong kaitan jangkitan bakteria mudah masuk ke dalam salur darah melalui gusi yang seterusnya masuk ke dalam rahim. Secara tidak langsung, masalah ini menyumbang kepada faktor risiko kelahiran bayi pra matang ini. Bakteria tersebut seterusnya merangsang pengeluaran prostaglandin yang mempercepatkan pengecutan rahim dan kelahiran bayi pada masa yang lebih awal dari yang sepatutnya.
Kalau ibu ibu risaukan jika sesetengah prosedur memudaratkan contohnya x-ray, ianya selamat. Yang penting, tanya dulu doktor gigi ya.
Cara Untuk Cegah Sakit Gigi Ketika Hamil
Apa cara selamat yang ibu ibu boleh lakukan untuk mengelakkan masalah sakit gigi ketika hamil ini? Jom tengok senarai di bawah ini ya:
- Buat pemeriksaan kesihatan mulut dengan doktor gigi
Di Malaysia, setiap ibu mengandung dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mulut sebagai langkah pencegahan bagi mengelak masalah yang mungkin akan timbul ketika mereka mengandung. Ibu-ibu boleh juga bertanya kepada doktor jika perlukan tunjuk ajar untuk menjaga kesihatan gigi jika perlu. Mereka boleh mengesyorkan mengikut keperluan dengan pandangan profesional mereka (customized oral hygiene instruction).
Ibu ibu cuba semak dekat buku pink tu ada tulis apa ya tentang appointment gigi. Hehe. - Berus gigi dengan kerap dan konsisten setiap hari dengan ubat gigi berfluorida
Ibu hamil perlu memberus gigi sekurang-kurangnya 2 hingga 3 hari sekali serta flos ya. Time tengah mabuk sangat tu sampai tengok berus gigi pun rasa nak muntah (belum lagi picit ubat gigi atas tu), berkumurlah selalu, terutamanya selepas muntah.
Ada yang mengesyorkan untuk berkumur dengan satu sudu teh soda penaik yang dicampurkan dengan air setelah muntah untuk mencairkan dan mengimbangi kandungan asid di dalam mulut anda. Cara ini kalau tak tahan sangat dengan bau ubat gigi yang mint-y tu. - Kurangkan manis dalam makanan dan minuman, lebihkan manis dalam senyuman
Betul. Masa mengandung ni lahkan isteri boleh request macam macam nak makan itu ini dekat suami. Jarang permintaan ibu mengidam ini kena reject haha.
Cuma, jangan lupa untuk bersihkan gigi selepas itu ya. Dan makanlah mengikut saranan yang telah digariskan. Lama lagi nak pakai gigi tu haha.
Banyakkan makan makanan berkhasiat. Buah buahan dan sayuran seperti lobak yang perlu dikunyah banyak kali membantu menguatkan gigi dan rahang. - Minum banyak air
Sementara menunggu hari temujanji bersama doktor gigi anda, apa yang anda boleh lakukan untuk melegakan kesakitan gigi tersebut?
Antara petua melegakan sakit gigi ketika hamil buat sementara waktu adalah:
- Berkumur dengan air garam
- Gunakan gel kebas Benzokin
- Ubat penahan sakit di farmasi
- Tuam pipi dengan ais berbalut untuk kurangkan bengkak
Orang yang tak mengandung pun boleh ikut petua-petua di atas.
Rawatan untuk sakit gigi ibu hamil berbeza mengikut peringkat kehamilan. Dan terdapat pelbagai pendapat dan kajian tentang kaitan antara selamat atau tidak untuk membuat rawatan seperti scaling treatment, penggunaan mesin x-ray semasa mengandung, menampal gigi berlubang dan sebagainya.