Anda mempunyai masalah gigi? Tetapi tidak tahu klinik pergigian terbaik di Shah Alam? Puas survey harga, tapi harga semuanya kayangan. Jangan risau, posting kali ini dapat membantu menyelesaikan masalah gigi anda.
Seperti yang anda sedia maklum, penjagaan kesihatan pergigian begitu penting bagi mengelakkan kerosakan gigi serta penyakit gusi bagi golongan dewasa mahupun kanak-kanak.
Oleh itu, dalam perkongsian kali ini kami mahu recommend klinik pergigian terbaik Shah Alam dari segi harga mahupun servis yang terbaik. Tak lain tak bukan, hanya di Klinik Pergigian Verde Amani (VADC).
Jom Kenali Klinik Pergigian Verde Amani (VADC) | Klinik Pergigian Shah Alam Terbaik
Siapa sahaja yang tidak tahu bahawa Shah Alam ini lengkap dengan semua keperluan terutama klinik pergigian. Banyak klinik pergigian yang ada di sekitar Shah Alam, tetapi tahukah anda Klinik Pergigian Verde Amani merupakan pilihan tepat untuk anda?
Sejarah Klinik Pergigian Verde Amani
Pada mulanya, Klinik Pergigian Verde Amani dikenali sebagai Klinik Pergigian Nazurah. Namun demikian, pemilik asal telah memberikan sepenuhnya klinik beliau kepada Dr Rabi’atul Adawiah binti Subahi dan Dr Verde Wigid Putra (pemilik terkini) untuk menguruskan klinik tersebut.
Pada awalnya, VADC hanya beroperasi di tingkat 1 sahaja. Setelah berkembang maju dan dikenali ramai, klinik pergigian ini telah menambah lagi kawasan operasi menjadi 2 tingkat untuk keselesaan pelanggan. Penjenamaan semula dari Klinik Pergigian Nazurah kepada Klinik Pergigian Verde Amani (VADC) telah dilakukan pada September 2020.
Kini, klinik pergigian ini telah mengembangkan lagi cawangan dengan membuka klinik pergigian di Bandar Botanik (Klinik Pergigian Mesra Botanik) dan di Shah Alam untuk pelanggan mendapatkan servis kami dengan harga yang murah.
Hubungi VADC HQ di talian 017-577 1657 sekiranya anda ingin membuat sebarang janji temu. Selain itu, anda dijemput untuk ke blog kami bagi meneruskan pembacaan dengan lebih lanjut mengenai klinik dan servis kami.
Perkhidmatan dan Harga yang Ditawarkan | Klinik Pergigian Shah Alam Terbaik
Sebut sahaja rawatan pergigian seperti cabut gigi, tampal gigi, dental x-ray dan sebagainya, semua kami sediakan di VADC.
Anda tidak perlu risau dan pening lagi nak cari klinik pergigian yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pergigian dalam satu tempat. Kami di VADC menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan pergigian serta harga yang berpatutan untuk anda.
Kami senaraikan perkhidmatan yang kami tawarkan beserta anggaran harga.
Jenis Rawatan | Anggaran Harga |
---|---|
Dental X-Ray | RM99 – RM250 |
Dental Check & Consultation (Pemeriksaan gigi dan konsultasi) | RM25 – RM49 |
Scaling and Polishing (Rawatan cuci karang gigi) | RM99 – RM199 |
Fillings (Rawatan tampalan gigi) | RM99 – RM149 |
Extraction (Cabutan gigi) | RM99 – RM249 |
Preventive (Sealant/Flouridetray) | RM60 |
Airflow/EMS | RM99 |
Minor Oral Surgery – Membuang gigi geraham (wisdom tooth) bermasalah | RM399 – RM799 |
Orthodontics (Braces/Pendakap gigi) | RM6999 – RM7999 |
Routine checkup (Outpatient braces) | RM200 |
Debond braces | RM299 |
Teeth whitening (Pemutihan gigi) | RM200 – RM699 |
Implant (Tanam gigi) | RM5999 |
Dentures (Gigi palsu) | RM100 – RM1398 |
Cosmetic veneer (Veneer gigi) | RM199 – RM799 |
Dental Crown (Sarung gigi) | RM699 |
Maryland bridge | RM799 |
RCT (Rawatan akar gigi) | RM999 – RM1999 |
Retainer | RM249 – RM499 |
Electrocutter (Potong gusi) | RM99 – RM199 |
Mengapa Perlu Pilih VADC? | Klinik Pergigian Shah Alam Terbaik
Mesti ramai tertanya-tanya mengapa anda perlu pilih Klinik Pergigian Verde Amani sebagai pilihan anda, kan? Jom kami nyatakan kenapa anda perlu memilih kami untuk rawatan gigi anda.
1. Doktor dan Staf yang Berpengalaman | Klinik Pergigian Shah Alam Terbaik
Selain daripada perkhidmatan yang terbaik, VADC juga mempunyai doktor pergigian profesional. Anda tidak perlu risau tentang doktor yang tidak bertauliah kerana kami mempunyai lesen yang sah.
Selain daripada doktor, staf kami juga profesional dalam melaksanakan tugas. Staf kami juga akan melayani anda dengan mesra.
2. Ruangan Menunggu yang Selesa dan Cantik
Sekiranya anda membawa anak atau ahli keluarga ke VADC, anda tidak perlu risau untuk menunggu. Hal ini kerana, VADC menyediakan ruangan menunggu yang cantik dan selesa untuk anda.
Sementara nama anda atau ahli keluarga dipanggil untuk mendapatkan rawatan, anda boleh berehat dengan selesa. Kami juga menyediakan air minuman secara percuma di ruangan menunggu.
3. Pakej Braces yang Berbaloi | Klinik Pergigian Shah Alam Terbaik
Mesti anda terfikir untuk memakai braces, anda perlu mengeluarkan wang yang terlalu banyak, betul tak? Anda juga terfikir mengenai bayaran penuh yang perlu dijelaskan untuk memakai braces. Di VADC, hal tersebut tidak berlaku kerana kami menyediakan pakej braces yang berbaloi untuk anda, seperti:
- Tiada deposit yang diminta.
- Bayaran bulanan yang rendah.
- Tiada caj tambahan dikenakan jika bracket tercabut atau wayar tercucuk.
- Mempunyai pelbagai pilihan pakej yang menarik serta sesuai kepada anda bergantung kepada keadaan gigi.
- Rawatan tanpa had untuk perkhidmatan cuci, tampal serta cabut gigi.
- X-ray gigi disediakan.
Testimoni Pelanggan
Anda masih lagi was-was yang VADC ini merupakan klinik pergigian Shah Alam terbaik? Jom dengar testimoni pelanggan yang mendapatkan rawatan di VADC!
Di VADC, kami sedia menerima pertanyaan daripada anda. Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut serta penetapan janji temu, tuan/puan boleh hubungi kami di talian 017-577 1657 (VADC HQ). Anda juga boleh melayari laman Instagram kami untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej rawatan yang ditawarkan di VADC.
Disclaimer: Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus. Sebarang pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada pihak klinik pergigian seperti Verde Amani di sini ya.