Bila sebut tentang braces atau pendakap gigi, mesti ramai yang terbayang kos beribu. Sudahlah kos mahal, mahu bayar sekali gus rasa seperti terbeban. Puas survey merata tempat tetapi tak jumpa klinik pasang braces murah.

Anda ada masalah seperti di atas? Jangan risau, Klinik Pergigian Verde Amani (VADC) ada jalan penyelesaiannya!

Apa Itu Braces? | Klinik Pasang Braces Murah

Braces atau pendakap gigi merupakan alat yang diguna pakai dalam bidang ortodontik bagi menyusun aturkan gigi ke posisi gigitan yang lebih baik. Selain itu, penggunaan braces dapat meningkatkan kesihatan pergigian secara keseluruhannya.

Hal ini demikian kerana, dengan pemakaian braces dapat meningkatkan lagi keyakinan diri pada individu tersebut. Pemakaian braces atau pendakap gigi merupakan jalan penyelesaian yang paling berkesan bagi meluruskan susunan gigi anda.

Oleh itu, gigi yang tersusun dapat memastikan proses pembersihan gigi akan menjadi lebih mudah sekaligus penampilan anda akan menjadi lebih menawan.

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Memakai Braces | Klinik Pasang Braces Murah

Mesti anda tertanya-tanya adakah anda termasuk dalam golongan yang perlu memakai braces?

Terdapat 5 sebab yang menjelaskan kenapa seseorang itu perlu memakai braces. Jom kita lihat gambar di bawah!

klinik pasang braces murah

Jika anda mempunyai salah satu masalah seperti di atas maka, anda perlu memakai braces untuk keselesaan serta kesihatan gusi dan gigi anda.

Namun demikian, anda tidak dibenarkan untuk menilai sendiri sama ada anda perlu memakai braces ataupun tidak. Anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor di klinik pergigian untuk mengetahui tahap masalah gigi anda.

Oleh itu, jelas menunjukkan pemakaian braces atau pendakap gigi merupakan pilihan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah-masalah seperti di atas. Hal ini kerana, pemakaian braces dapat menyusun semula gigi dengan lebih teratur, cantik serta menarik.

Jenis-Jenis Braces | Klinik Pasang Braces Murah

Bila sebut pasal braces, anda mesti teringat ada satu jenis sahaja braces, iaitu yang bewarna-warni.

Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis braces atau pendakap gigi? Jom kita kenali jenis-jenis braces yang ada!

Terdapat 4 jenis braces yang ditawarkan di VADC. Jom kenali satu-persatu setiap braces.

1. Self-Ligating

Self-ligating atau pendakap gigi besi/tradisional merupakan pendakap gigi yang dihasilkan daripada wayar keluli tahan karat. Selain itu, braket besi dilekatkan pada gigi bersama sejenis simen. Braket ini pula akan disambungkan bersama menerusi wayar arkus yang akan memberikan tekanan pada gigi untuk bergerak ke posisi yang dikehendaki.

2. Clear Aligner

Clear aligner ini direka bentuk secara khas mengikut keselesaan gigi pemakai dan yang paling penting sekali, ianya jernih dan hampir tidak kelihatan. Ia dibuat khas mengikut keadaan dan bilangan gigi pesakit. Braces jenis ini sangat berbeza berbanding braces yang lain kerana ia tidak mempunya komponen asas seperti braket, wayar lengkung/archwire, getah elastik dan sebagainya.

3. Conventional

Braces conventional sering menjadi pilihan hati individu yang baru memakai braces kerana kebiasaannya braces ini menggunakan getah yang berwarna-warni. Braces conventional terdiri daripada bracket, archwire serta elastic band atau getah. Fungsinya sama seperti braces yang lain, iaitu untuk menggerakkan mana-mana gigi anda yang tidak tersusun untuk kembali ke posisi yang betul.

4. Lingual

Pendakap gigi lingual ini sebenarnya lebih kurang sama seperti pendakap gigi self-ligating kecuali braket dan wayarnya diletakkan di bahagian dalam gigi, iaitu di bahagian lelangit dan lidah. Apa yang menariknya ialah braces ini langsung tidak kelihatan dari luar. Namun demikian, harga bagi braces lingual ini agak mahal berbanding braces yang lain.

Pakej Braces Murah | Klinik Pasang Braces Murah

Anda tahu kenapa klinik pergigian kami memasang braces dengan murah dan berbaloi? Mari kami jelaskan:

  1. Tiada deposit yang diminta.
  2. Bayaran bulanan yang rendah.
  3. Tiada caj tambahan dikenakan jika bracket tercabut atau wayar tercucuk.
  4. Mempunyai pelbagai pilihan pakej yang menarik serta sesuai kepada anda bergantung kepada keadaan gigi.
  5. Rawatan tanpa had untuk cuci, tampal serta cabut gigi.
  6. X-ray gigi disediakan.

Hubungi VADC HQ di talian 017-577 1657 sekiranya anda ingin membuat sebarang janji temu. Selain itu, anda dijemput untuk ke blog kami bagi meneruskan pembacaan dengan lebih lanjut mengenai klinik dan servis kami.

Testimoni Pelanggan Memasang Braces | Klinik Pasang Braces Murah

Anda masih tak percaya VADC merupakan klinik pasang braces murah? Jom kita dengar testimoni!

Di VADC, kami sedia menerima pertanyaan daripada anda. Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut serta penetapan janji temu, tuan/puan boleh hubungi kami di talian 017-577 1657 (VADC HQ). Anda juga boleh melayari laman Instagram kami untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej rawatan yang ditawarkan di VADC.

Disclaimer: Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus. Sebarang pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada pihak klinik pergigian seperti Verde Amani di sini ya.