Ada ke daripada pengunjung blog di sini yang sedang mengalami masalah gigi dan mencari klinik gigi yang terbaik di sekitar Shah Alam?
Jika jawapan Tuan Puan adalah ya, mari luangkan 10 minit masa Tuan Puan untuk membaca posting ini.
Seperti yang Tuan Puan tahu, penjagaan gigi amat penting untuk mencegah masalah gigi dalam kalangan golongan dewasa dan kanak-kanak. Gigi yang sihat memudahkan Tuan Puan mengunyah makanan tanpa rasa sakit dan dapat berkomunikasi dengan selesa.
Adakah Tuan Puan tahu bahawa mulut manusia dipenuhi dengan pelbagai jenis bakteria? Jika Tuan Puan mengabaikan kesihatan mulut, bakteria ini akan semakin bertambah lalu menyebabkan beberapa jangkitan pada mulut.
Sekiranya kesihatan gigi tidak dijaga, ia mampu mengundang pelbagai jenis penyakit di beberapa bahagian dalam mulut seperti penyakit gigi dan gusi.
Khasnya untuk hari ini, kami mahu recommend klinik pergigian yang sangat terbaik dari segi servis dan harga iaitu Klinik Pergigian Verde Amani.
Klinik Gigi Shah Alam Terbaik – Klinik Pergigian Verde Amani (VADC)
Tahukah anda?
Klinik Pergigian Verde Amani dahulunya dikenali sebagai Klinik Pergigian Nazurah. Namun, pemilik asal telah menyerahkan sepenuhnya klinik berkenaan kepada Dr Rabi’atul Adawiah binti Subahi dan Dr Verde Wigid Putra (pemilik terkini) untuk dikendalikan.
Pada mulanya, Klinik Pergigian Verde Amani hanya beroperasi di tingkat 1. Selepas beberapa tahun klinik pergigian ini beroperasi, ia telah berkembang menjadi 2 tingkat. Pada September 2020, nama Klinik Pergigian Nazurah telah diberi penjenamaan semula menjadi Klinik Pergigian Verde Amani (VADC).
Selepas 5 tahun beroperasi, klinik gigi Shah Alam terbaik ini telah membuka dua cawangan baru di Bandar Botanik (Klinik Pergigian Mesra Botanik) dan di Shah Alam.
“Now, everyone can smile! :)”
Matlamat klinik gigi Shah Alam terbaik ini adalah untuk memberikan servis dan layanan yang terbaik agar pesakit mampu tersenyum indah dengan gigi yang cantik dan sihat.
Oleh itu, Tuan Puan jangan risau, kami memberikan layanan yang ‘mesra keluarga’ dan memastikan kebersihan sepanjang pemeriksaan dan perawatan gigi terjamin.
Terdapat pelbagai jenis rawatan yang disediakan di Klinik Pergigian Verde Amani ini.
Kami senaraikan jenis rawatan dan harga untuk memudahkan Tuan Puan membuat perbandingan dengan klinik gigi swasta yang lain.
Harga untuk Rawatan di Klinik Gigi Shah Alam Terbaik ini adalah seperti berikut:
Rawatan | Harga **(tertakluk kepada perubahan semasa) |
Dental X-ray | RM99 – RM250 |
Dental Check & Consultation | RM25 – RM49 |
Scaling and Polishing (Rawatan cuci karang gigi) | RM99 – RM199 |
Fillings (Rawatan tampalan gigi) | RM99 – RM149 |
Extraction (Cabutan gigi) | RM99 – RM249 |
Preventive (Sealant/Flouridetray) | RM60 |
Minor Oral Surgery – Membuang gigi geraham (wisdom tooth) bermasalah | RM399 – 799 |
Orthodontics (Braces/Pendakap gigi) | RM6999 – RM7999 |
Routine checkup (Outpatient braces) | RM200 |
Teeth whitening (Pemutihan gigi) | RM200 – RM699 |
Dental Crown (Sarung gigi) | RM699 |
Dental Bridge (Jambatan gigi) RCT (Rawatan akar gigi) | RM999 – RM1999 |
Retainer | RM249 – RM499 |
Electrocutter (Potong gusi) | RM99 – RM199 |
Maryland bridge | RM799 |
Cosmetic veneer (Veneer gigi) | RM199 – RM799 |
Dentures (Gigi palsu) | RM100 – RM1398 |
Implant (Tanam gigi) | RM5999 |
Panel-panel VADC adalah daripada TNB, MICARE, PMCARE dan HEALTHMETRICS. Sekiranya Tuan Puan mempunyai kad panel seperti di atas, Tuan Puan amat dialu-alukan untuk mendapatkan rawatan di klinik kami.
Mahal ke harga bagi rawatan di Klinik Gigi Shah Alam Terbaik ini?
Kalau dari segi harga, kami tak dapat nak janjikan ianya murah tetapi sangat berbaloi dengan pakej yang ditawarkan dan setanding dengan harga-harga rawatan di klinik swasta yang lain!
Dan kami berani jamin, Tuan Puan akan berpuas hati dengan servis yang ada di klinik kami. Berikut adalah manfaat yang Tuan Puan akan dapat jika memilih servis daripada Klinik Pergigian Verde Amani.
- Pakej braces yang berbaloi
-Tiada Deposit
-Bayaran bulanan yang rendah
-Tiada cas tambahan dikenakan jika bracket tercabut atau wayar tercucuk
-Pilihan pakej yang menarik dan sesuai bergantung pada keadaan gigi mereka
-Rawatan tanpa had untuk cuci gigi, tampalan dan cabut gigi - Rawatan percuma untuk pemeriksaan selepas rawatan gigi.
- Jaminan perawatan gigi selama sebulan.
- Program referral, para pelanggan/pesakit akan mendapatkan RM10 potongan harga rawatan.
- Penolakan dan rebat rawatan.
Interior design Klinik Pergigian Verde Amani di Shah Alam yang sangat cantik
Pesakit yang berkunjung ke klinik gigi Shah Alam terbaik ini berpeluang untuk melakukan Outfit Of The Day (OOTD) di ruangan menunggu kerana designnya yang sangat mewah dilengkapi dengan lampu Chandelier.
Untuk pengetahuan Tuan Puan, chandelier menjadi simbol pencapaian, kekayaan dan status masyarakat yang tinggi. Menarik, kan?
Di sini juga, kami kongsikan salah satu feedback daripada bekas pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di Klinik Pergigian Verde Amani:
Peringatan Sebelum Hadir ke Temujanji di Klinik Gigi Shah Alam Terbaik
Disebabkan sekarang kita berada dalam musim endemik, jadi ada beberapa prosedur (Standard Operating Prosedur) yang perlu dipatuhi sebelum Tuan Puan mendapatkan rawatan di klinik kami:
- Tuan Puan hendaklah berada dalam keadaan yang sihat
- Tidak berkontak rapat dengan pesakit COVID-19
- Sekiranya Tuan Puan positif, Tuan Puan hendaklah kuarantin diri selama 14 hari selepas sembuh dan potong gelang
- Jika Tuan Puan mempunyai simpton atau kurang sihat, Tuan Puan digalakkan untuk menunda temujanji
- Sahkan kehadiran Tuan Puan di WhatsApp atau SMS
- Datang 15minit awal sebelum waktu temujanji
- Memakai face mask, menggunakan hand sanitizer yang disediakan, mengamalkan penjarakan sosial dan imbas MySejahtera
Alamat dan Lokasi VADC
Headquarters (HQ): Cawangan Jalan Raja Nong, Klang
Alamat HQ
No.25 (Ground Floor), Jalan Raja Nong, 1/KS2, 41000 Klang, Selangor (Bersebelahan kedai Mamak ARR Corner & Klinik Mediveron).
Jadual waktu operasi HQ
Isnin hingga Jumaat: 9:00am-7:30pm
Sabtu: 9:00am-5:00pm
Rehat: 1:00pm-2:00pm
Cawangan 1: Bandar Botanik, Klang
Alamat Cawangan
No. 41, Jalan Resak 2/KS7, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor (Bersebelahan PoliKlinik Botanik).
Jadual waktu operasi
Isnin hingga Jumaat: 9:00am-7:30pm
Rehat: 1:00pm-2:00pm
Cawangan 2: Klinik Gigi Shah Alam Terbaik – Klinik Pergigian Verde Amani
Alamat Cawangan
EMIRA RESIDENCE & URBAN RETAIL, R-01-16, JALAN AKUATIK A13/64A SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN.
Jadual waktu beroperasi
Isnin hingga Jumaat: 9:00am-7:30pm
Rehat: 1:00pm-2:00pm
Tuan Puan dijemput untuk ke blog kami bagi meneruskan pembacaan dengan lebih lanjut mengenai klinik dan servis kami.
Jangan lupa untuk ikuti kami di laman media sosial: Instagram | Facebook | TikTok | YouTube @verdeamani