Kenapa klinik gigi di Klang ini antara yang murah? Teruskan membaca artikel ini ya. Hanya 5 minit sahaja diperlukan untuk anda hadamkan sebab klinik pergigian ini harganya berbaloi. Siapa yang ada sakit gigi, sakit gusi dan berada di sekitar Klang, Selangor pun jom baca disini terlebih dahulu.

Klinik Pergigian Verde Amani: Klinik Gigi Klang Murah dan Popular

Dulu, Klinik Pergigian Verde Amani dikenali dengan nama lain, iaitu Klinik Pergigian Nazurah.

Klinik pertama yang dibuka adalah di di Jalan Raja Nong, Klang. Sehingga hari ini, klinik ini telah beroperasi selama lima (5) tahun.

Kisah Pembukaan Klinik Pergigian Verde Amani

Pemilik Klinik Pergigian Verde Amani kini adalah Dr. Rabi’atul Adawiah binti Subahi dan Dr. Verde Wigid Putra.

Dari kiri: Dr. Rabi’atul Adawiah binti Subahi; Dr. Verde Wigid Putra.

Pemilik-pemilik bersama klinik pergigian ini pada awalnya tidak pernah merancang untuk membuka klinik swasta. Namun, selepas diberi peluang oleh pemilik Klinik Pergigian Nazurah (KPNZ), mereka mengambil alih perniagaan ini pada tahun 2016. Dr. Rabi’atul dan Dr. Verde kemudiannya mula belajar cara menguruskan perniagaan ini.

Penjenamaan Semula Klinik

Dahulu KPNZ hanya di tingkat 1, selepas 5 tahun KPNZ berkembang menjadi 2 tingkat. Pada September 2020, nama KPNZ di beri penjenamaan semula menjadi Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care (VADC).

Pada Julai 2021, VADC membuka 2 cawangan baru di Bandar Botanik dibawah nama Klinik Pergigian Mesra Botanik. Manakala cawangan Shah Alam masih dalam proses pengubahsuaian.

Seramai 17 orang staff Klinik Pergigian Verde Amani yang membantu dalam operasi klinik ini. Mereka terdiri daripada barisan doktor gigi dan pembantu doktor gigi yang sangat professional serta beberapa operasi lain seperti customer servis.

Servis dan Rawatan di Klinik Gigi di Klang Ini Murah?

Sebelum Min senaraikan sebab kenapa rawatan di klinik gigi klang ini murah, mari kita lihat dulu senarai harga rawatan di VADC yang terkini (Ogos 2021).

Anggaran Harga Rawatan Di Klinik VADC

Photo by Quang Tri NGUYEN on Unsplash

VADC juga adalah klinik panel untuk:

TNB | MICARE | PMCARE | HEALTHMETRICS

“Everyone Can Smile” adalah nilai utama perkhidmatan Verde Amani Dental Center

Rawatan di VADC murah dan berbaloi kerana:

1| Pakej braces yang berbaloi

2| Tawaran rawatan PERCUMA untuk pemeriksaan selepas menerima rawatan

3| Jaminan perawatan gigi selama sebulan

4| Program referral VADC yang menarik

Pesakit yang terlibat dengan program referral berpeluang untuk POTONGAN HARGA rawatan sebanyak RM10!

Klinik gigi Klang murah ini juga menawarkan penolakan dan rebat rawatan yang berbaloi!

Apa kata bekas pesakit Klinik Pergigian Verde Amani ya?

testimoni klinik gigi klang murah reasonable charges

“Reasonable charges very well upgrade,comfortable and good services”

Ezra Jasya
testimoni klinik gigi klang murah professional

“Very professional doctor and staffs, really helpful and good clean clinic. 10/10 excellent service provided with smiling face.The doctor done treatment perfectly and caring with patients.”

Puvaneswary Tanggaiah
testimoni klinik gigi klang murah harga berpatutan

“Bawa anak saya buat cabutan gg geraham susu dah berlubang. Slot by appoinment. Enviroment selesa, harga berpatutan, staff bagus n doktor pun baik-baik. Anak saya sebenarnya berdebar-debar nak pergi cabut gigi tapi bagus lah doktornya dapat tenangkan kanak-kanak. Tqsm doctor ❤️

Irahazla Alzahari
Jauh Puan ni datang ke klinik kita, tapi beliau sangat berpuas hati dengan servis kita. Tuan Puan nak merasa tak layanan best dai staff kami macam Puan ini?

Lokasi dan Alamat VADC

Headquarters (HQ): Cawangan Jalan Raja Nong, Klang

Alamat HQ

No.25 (Ground Floor), Jalan Raja Nong, 1/KS2, 41000 Klang, Selangor (Bersebelahan kedai Mamak ARR Corner & Klinik Mediveron)

Jadual waktu beroperasi HQ

Isnin hingga Jumaat: 9:00am-7:30pm

Sabtu: 9:00am-5:00pm

Rehat: 1:00pm-2:00pm

Branch 1: Cawangan Bandar Botanik, Klang

Alamat Cawangan

No. 41, Jalan Resak 2/KS7, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor (Bersebelahan PoliKlinik Botanik)

Jadual waktu beroperasi

Isnin hingga Jumaat: 9:00am-7:30pm

Rehat: 1:00pm-2:00pm


Jika anda memerlukan rawatan atau khidmat perundingan kaunseling berkaitan, anda boleh hubungi kami untuk temujanji atau appointment di talian nombor +60175771657 atau klik disini untuk WhatsApp.


Jemput Like, Subscribe, Share dan Turn on Notification di akaun media sosial VADC ya