Pernah tak Tuan Puan ada di situasi di mana gigi pecah dan sakit? Sedang asyik berborak dengan family sambil makan keropok lekor tiba-tiba terdengar bunyi letupan dalam mulut.
Min pernah ada di situasi tersebut. Gelabah memang tak terkata. Risau takut jadi apa-apa yang membahayakan gigi dan gusi, Min pun pergi dapatkan rawatan di klinik pergigian yang berdekatan.
Nasib baik Min pergi ke sana dengan segera. Gigi pecah telah dirawat dan rasa sakitpun berkurangan.
Gigi pecah boleh berpunca daripada pengabaian rutin penjagaan gigi tidak kiralah di rumah mahupun di klinik pergigian. Tapi, ada lagi punca lain dan rawatan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah berkenaan.
Hari ini, Min nak pinjam sedikit masa Tuan Puan untuk perkongsian mengenai masalah gigi pecah dan sakit.
Apakah itu gigi pecah dan sakit?
Gigi pecah terjadi kerana berlakunya keretakan dan kerosakan pada kulit keras gigi. Tuan Puan, dalam mulut kita terutamanya di bahagian gusi dan gigi, ada cengkerang luar gigi. Cengkerang luar gigi merupakan enamel yang berfungsi untuk melindungi pulpa dalaman gigi yang lebih lembut.
Sekiranya cengkerang luar gigi rosak maka gigi berpotensi untuk pecah atau retak. Gigi yang pecah sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan kesakitan, jangkitan atau kehilangan gigi (bergantung kepada jenis kerosakan).
Lepas itu, apabila gigi pecah , sudah tentu akan ganggu aktiviti harian Tuan Puan seperti beriadah, bekerja, makan dan sebagainya.
Dalam beberapa situasi, gigi boleh pecah teruk. Mungkin disebabkan gigi menjadi rosak, patah atau trauma akibat kemalangan. Restorasi akan terganggu kerana banyak gigi yang telah hilang. Mencabut gigi adalah wajar sebagai pilihan penggantian yang sesuai.
Gigi retak itu apa pula, Min? Sama ke dengan gigi pecah?
Berikut merupakan penjelasan daripada salah seorang doktor di klinik pergigian Verde Amani:
“Gigi retak adalah lebih kepada crack. Terdapat istilah crack syndome iaitu gigi sakit bila ditekan/digunakan/diketuk tanpa sebab yang jelas, tiada lubang atau masalah gusi. Jadi, doktor gigi menggunakan istilah crack-syndome, suspected ada crack dekat bahagian dalam akar gigi.
Patah atau pecah lebih sesuai disebut fracture. Beberapa literature, dia samakan antara fracture dan crack sebab daripada crack boleh jadi fracture, daripada fracture boleh jadi crack.” – Dr Putra
Jenis-jenis gigi pecah dan sakit
- Craze lines – Retakan cetek yang tidak menimbulkan rasa sakit dan tidak memerlukan rawatan.
- Cusp patah/ pecah di permukaan kunyah gigi.
- Gigi pecah – Retak hingga ke akar, memisahkan bahagian gigi.
- Fraktur akar menegak – Retakan bermula di akar dan bergerak ke atas ke permukaan mengunyah.
Sumber: Deltadental.com
Apakah punca terjadinya gigi pecah dan sakit?
Gigi pecah boleh berpunca daripada pelbagai punca, mungkin disebabkan oleh cara pemakanan ataupun kegiatan harian yang menyebabkan gigi pecah. Berikut adalah punca terjadinya gigi pecah dan sakit:
Tabiat mengetap gigi
Mengetap gigi adalah perbuatan menggesel antara gigi-gigi menggunakan rahang atas dan rahang bawah.
Ianya boleh terjadi semasa tidur ataupun semasa sedar yang secara tidak langsung boleh menyebabkan permukaan gigi menjadi halus dan gigi atau tampalan patah.
Mengunyah makanan yang keras
Struktur gigi yang lemah lebih cenderung untuk pecah kerana terpaksa menahan beban yang lebih besar daripada kemampuannya. Tekanan tinggi boleh menyebabkan keretakan di permukaan gigi dan mungkin menyebabkan pecah.
Contoh makanan yang keras yang boleh menyebabkan gigi pecah dan sakit ialah kekacang, keropok lekor dan dodol (teksturnya yang melekat dan kenyal memerlukan tenaga yang kuat untuk mengunyahnya).
Dipukul di bahagian muka dan rahang
Apabila muka dipukul menggunakan objek yang keras, kawasan mulut dan gigi akan tercedera. Kecederaan tersebut memberi tekanan yang kuat terhadap rahang yang boleh dikatakan akan menyebabkan gigi pecah atau patah.
Sumber: NCBI
Rawatan SEMENTARA yang boleh dilakukan sekiranya gigi pecah dan sakit
Min faham mesti Tuan Puan ada kekangan masa untuk mendapatkan rawatan. Di samping pula, sekarang ini kalau nak dapatkan rawatan, perlu buat temujanji.
Jadi, Min ada senaraikan beberapa kaedah yang Tuan Puan boleh cuba untuk lakukan SEMENTARA mendapatakan rawatan di klinik pegigian untuk merawat gigi yang pecah.
Kaedah-kaedah yang Tuan Puan boleh lakukan untuk rawat gigi pecah dan sakit adalah:
- Berkumur
- Ambil ubat tahan sakit
- Gunakan kain kasa untuk hentikan pendarahan
- Bersihkan gigi yang pecah (gigi patah)
Sumber: Shinkotoni Central Blog
Diagnosis akan dilakukan sebelum rawatan untuk gigi pecah
Sebelum melakukan rawatan di klinik pergigian, doktor akan diagnosis gigi pecah Tuan Puan untuk menentukan jenis rawatan yang sesuai.
- Larutan pewarna akan diletakkan pada gigi untuk membantu melihat gigi pecah.
- Transiluminasi untuk menyebarkan cahaya ke gigi.
- Pemeriksaan berkala menggunakan alat khas untuk melihat ukuran gigi yang pecah.
- Ujian gigitan iaitu menggigit tongkat untuk mencari gigi yang pecah/patah.
- X-ray untuk mencari kecacatan tertentu.
Sumber: Winchesterhospital.org
Apakah rawatan yang akan diberikan di klinik pergigian?
Mesti Tuan Puan tertanya-tanya rawatan apa yang akan diberikan untuk masalah gigi ini, kan?
Rawatan bergantung kepada tahap kerosakan gigi yang pecah. Antara rawatan di klinik pergigian ialah:
- Crown – Cap diletakkan di atas gigi.
- Dental Veneer – Penutup nipis diletakkan di atas permukaan yang kecil dan menggelupas.
- Saluran akar – Saluran akar berfungsi untuk membersihkan pulpa yang rosak dan meletakkan pengisi baru di gigi.
- Pengekstrakan gigi untuk mengeluarkan gigi yang pecah jika kerosakan berada di bawah garis gusi.
- Penyingkiran bahagian yang pecah iaitu mungkin pecah di akar menegak.
Sumber: Winchesterhospital.org
Tuan Puan juga boleh semak jenis rawatan dan harga yang terdapat di klinik kami (Klinik Pergigian Verde Amani)!
Cara untuk mencegah gigi pecah dan sakit
Ada beberapa kaedah yang Tuan Puan boleh guna untuk elakkan gigi daripada pecah dan sakit.
Antaranya adalah elakkan mengunyah makanan yang keras seperti keropok lekor, ketulan ais dan kekacang sekiranya Tuan Puan mengalami masalah gigi yang kronik. Makanan keras mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan gigi pecah kerana teksturnya yang sukar untuk digigit dan memerlukan tenaga yang kuat untuk mengunyahnya.
Selain itu, Tuan Puan disarankan untuk tidak mengetap atau mengunyah gigi. Jika Tuan Puan mempunyai tabiat seperti itu terutamanya ketika tidur, Tuan Puan haruslah mendapatkan nasihat daripada doktor pergigian untuk menanganinya. Kebiasaannya, doktor gigi akan menyarankan supaya memakai pendakap gigi (splint) untuk mengawal tabiat tersebut.