Pernah tak kita alami gigi berlubang yang besar dan rasa sakit yang teramat? Mesti ada sesetengah dari kita pernah menderita sakitnya gigi berlubang kan? Ha’ah ya. Memang ramai pun yang sakit gigi berlubang sebab ramai yang kurang jaga kesihatan gigi mereka. 

Tapi macam mana pulak gigi berlubang besar tapi tak sakit? Ramai jugak yang tak tahu gigi mereka ada masalah. Lagi-lagi berlubang. Tak sakit pulak tu. Apa puncanya? HAAA. Sebenarnya tak semua gigi berlubang tu sakit tau. Ada je yang tak sakit.

Kadang-kadang kita tak perasan gigi berlubang besar. Itulah pentingnya pemeriksaan gigi berkala sebelum lubang menjadi lebih besar dan sakit. Nak tahu sebab apa? Jom luangkan masa 5 minit ulasan dari kami untuk masalah gigi berlubang ini.

Proses Gigi Berlubang

gigi berlubang besar
Masalah gigi berlubang adalah umum terjadi kepada masyarakat. Sumber: Bioguia

Kalau Tuan Puan nak tahu, gigi berlubang ini ada prosesnya untuk berlaku, bukan terjadi secara tiba-tiba. 

Masalah gigi berlubang bermula daripada bakteria. Bakteria akan bergabung dengan sisa makanan untuk membentuk lapisan putih kapur yang menutupi gigi. Kalau yang biasa kita dengar ialah plak.

Pada awalnya, bakteria akan memakan gigi kita dan membentuk lubang kecil di lapisan enamel dan boleh menjadi lebih dalam menembusi lapisan dentin dan rongga pulpa.

Jika kedalaman lubang sudah sampai ke rongga pulpa, gigi akan rasa sensitif dan sakit.

Inilah sebabnya mengapa doktor gigi selalu ingatkan kita untuk jaga kebersihan gigi dengan kerap.

Siapa Yang Berpotensi Dapat Gigi Berlubang Besar?

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 90.7% di semua peringkat umur di Malaysia mengalami masalah gigi berlubang.

Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Sesiapa pun boleh alami gigi berlubang. Baik bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa. Kalau gigi berlubang ini tidak dirawat, boleh menyebabkan kesakitan jangkitan dan kehilangan gigi tau. Siapa je yang tak nak ambil risiko kan?

Jadi, jika Tuan Puan ada masalah gigi berlubang, haruslah cepat buat pemeriksaan doktor walaupun tak rasa sakit. Gigi berlubang ini kena tackle dari awal supaya kita tak rugi masa depan.

Gigi Berlubang Besar Tapi Tidak Sakit

Mungkin ada diantara kita yang sedar-sedar gigi dah berlubang besar tapi tak rasa sakit pun. Agak-agak apa sebabnya?

Ini sebenarnya biasa terjadi apabila lubang tersebut belum mencapai ke akar gigi. Gigi berlubang yang sampai ke enamel tak menimbulkan rasa sakit tapi akan ada rasa tak selesa, terutamanya apabila lubang di enamel itu besar untuk makanan masuk ke dalamnya. 

Tapi bukanlah bermaksud adanya gigi berlubang besar dan tak sakit, Tuan Puan boleh biarkanya. Tuan Puan harus juga mendapatkan nasihat doktor dari awal supaya lubang itu tak mecapai lapisan rongga pulpa atau saraf gigi yang boleh trigger rasa sakit tu.

Lagi besar atau kedalaman lubang kat gigi, lagi trigger rasa sakit itu. 

Kadang-kadang gigi berlubang tak rasa sakit juga sebab saraf gigi yang dah mati. Bila saraf gigi dah mati bermaksud Tuan Puan kena buat rawatan akar.

Kalau Tuan Puan ada rasa sakit gigi berlubang, boleh rujuk ulasan di artikel ini.

Punca Dan Faktor Risiko

Sekiranya kita alami gigi berlubang, salah satu sebabnya adalah kurangnya penjagaan gigi dan kebersihan mulut. Tapi ada beberapa orang yang risikonya lebih tinggi daripada kita. Ada banyak sebenarnya penyebab gigi berlubang. Antaranya ialah:

1. Kekerapan pengambilan gula atau makanan manis

Pengambilan makanan manis yang kerap dapat meningkatkan risiko gigi berlubang.
Sumber: American Dental Health

Semua makanan disekeliling kita memang nampak nikmat kan? Semua benda nak cuba, lagi-lagi masakan ibu kita.

Tetapi, tahukah Tuan Puan, antara penyebab gigi berlubang adalah dengan kekerapan pengambilan gula dan makanan manis.

Gigi akan berlubang apabila bakteria di mulut memetabolismakan gula untuk menghasilkan asid yang akan menghakis bahagian tisu enamel dan dentin.

Kebanyakan kajian yang dibuat juga mendapati bahawa pengambilan gula dan makanan manis yang kerap menyebabkan berlakunya gigi berlubang.

2. Kurangnya kebersihan gigi 

Ramai sahaja antara kita yang kurang jaga kebersihan gigi. Lagi-lagi apabila lepas kerja, kita penat sangat sampaikan tak sempat nak gosok gigi.

Penjagaan keseluruhan gigi adalah sangat penting supaya kita dapat menghilangkan plak yang terperangkap di celah-celah gigi kita.

Kita kena ingat menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari boleh menjaga kesihatan gigi kita. Bukan itu sahaja, gunakan flos untuk gosok di celah-celah gigi dan jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan berkala juga penting. Dengan cara ini, kita dapat hindarkan ketidakselesaan gigi kita

3. Tidak mendapat cukup florida

Kurang mendapatkan florida boleh menyebabkan lapisan enamel kita lemah dan mudah rosak. Florida boleh memberikan kebaikan kepada gigi kita. Bukan sahaja penggunaan florida dapat menguatkan gigi kita, ia juga dapat mencegah bakteria yang ada dalam mulut dan mencegah gigi berlubang besar.

Yang biasa kita tahu, florida boleh didapati di ubat-ubat gigi dan ubat kumur. Kebanyakan ubat gigi mengandungi florida. Untuk ubat kumur pula, ada beberapa brand yang mengandungi florida tetapi tidak semua.

4. Mulut kering

Mulut kering boleh berlaku apabila tiada pengeluaran air liur secukupnya. Air liur sebenarnya membantu menjaga kelembapan mulut kita. Itu sebabnya mulut kering boleh menjadi punca perkembangan karies atau gigi berlubang.

Jika Tuan Puan ada masalah mulut kering, strateginya adalah dengan banyak minum air masak.

Diagnosis Perawatan Gigi Berlubang Besar

Pernah tak rasa sakit gigi tapi tak nampak lubang kat mana?

Kita ni sebenarnya tak pasti sebab kita hanya lihat dengan mata kasar kita sahaja. Sebenarnya kita boleh buat pengesanan awal dengan X-Ray supaya boleh nampak lubang-lubang yang tersembunyi terutamanya di celahan gigi.

Dengan buat X-Ray, doktor boleh menilai di peringkat awal kesakitan dan dapat menjimatkan masa serta mengurangkan ketidakselesaan Tuan Puan. 

Pengesanan awal dengan XRAY adalah aspek penting dalam diagnosis gigi berlubang.

Rawatan

Pilihan rawatan bergantung pada tahap kedalaman lubang. Tapi, jika Tuan Puan ada kesukaran dari segi masa menunggu atau sebagainya, Tuan Puan boleh ambil inisiatif dibawah sebelum buat temu janji dengan doktor iaitu dengan; 

  • Menggosok gigi dengan air suam
  • Menggunakan ubat gigi berflorida untuk gigi sensitif
  • Elakkan makanan dan minumam panas, sejuk atau manis
  • Mengambil ubat tahan sakit (painkiller)

Terdapat beberapa pilihan rawatan dalam membantu masalah gigi berlubang anda. Antaranya:

1. Tampalan

Rawatan tampalan gigi ini dilakukan untuk memperbaiki atau mengisi lubang gigi yang disebabkan oleh kerosakan atau karies. Pengisian gigi boleh dilakukan pada usia apa pun, termasuk kanak-kanak dan orang tua.

Prosedur ini cepat (selalunya mengambil masa 15 minit hingga ke 30 minit) dan menjimatkan kos. 

2. Sarung gigi (Crown)

Rawatan sarung gigi ini akan memperbaiki bahagian gigi yang berlubang atau rosak dengan memasangkan sarung gigi yang diperbuat dari porselin, emas atau logam

Sarung gigi boleh dibuat untuk pesakit yang pernah buat rawatan akar sebelum ini atau tampalan gigi yang besar.

Sarung gigi ini tahan lama kerana sarung gigi lebih kuat dari struktur gigi yang asal.

3. Rawatan akar (Root Canal)

Rawatan saluran akar adalah kaedah membersihkan dan menampal ruang gigi yang dijangkiti. Dengan cara ini, gigi dapat mengekalkan fungsinya.

Kebiasaanya rawatan akar ini dibuat apabila gigi lubang terlampau dalam sampai sudah kena saraf atau rongga pulpa. 

Rawatan akar juga boleh dibuat apabila gigi anda sudah mati atau dead tooth. (Biasanya tak rasa sakit)

Bagaimana cara mencegah gigi berlubang besar?

Walaupun gigi berlubang menjadi kebiasaan masyarakat kita, ia sebenarnya mudah dicegah. Kita hanya perlu penjagaan yang betul untuk kita bebas dari gigi berlubang pada masa akan datang.  Semuanya di tangan anda. Antara pencegahan yang boleh dilakukan ialah dengan;

  1. Memberus gigi di semua celahan gigi dalam gerakan dan teknik yang betul 
  2. Kurangkan kekerapan mengambil makanan di antara waktu makan utama
  3. Gunakan ubat gigi berfluorida bagi membantu menguatkan gigi
  4. Gunakan flos bagi pembersihan di antara celah-celah gigi
  5. Pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun agar rawatan pencegahan dapat dijalankan

Apa-apa pun, Tuan Puan boleh buat pemeriksaan dengan doktor pakar kita. Di VADC, kami ada doktor yang boleh buat diagnosis gigi berlubang dan kalau Tuan Puan ada sebarang pertanyaan boleh terus rujuk kami di talian +60175771657 atau klik di sini untuk WhatsApp.

Tuan Puan nak buat check-up gigi? Consultation pasal gigi? Kami sedia membantu. Jangan risau, rawatan kami sangat memuaskan dan doktor semua friendly. Kami sangat komited untuk memberikan rawatan dan layanan yang baik untuk Tuan Puan.

Nah ini pengalaman dari pelanggan kita yang dah pun buat servis dengan kita.

Sumber: Youtube VADC

Disclaimer: Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus. Sebagai pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada pihak klinik pergigian seperti Verde Amani di sini ya.