Klinik gigi Shah Alam murah? Kalau anda masih lagi tertanya-tanya, kami ada jawapannya. Kalau anda mengalami masalah berkaitan dengan sakit gigi, kami di Verde Amani Dental Care menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang sangat berpatutan untuk memenuhi permintaan anda.
Sepertimana yang kita sedia maklum, gigi merupakan aset yang penting kepada semua orang tidak mengira usia, baik tua mahupun muda. Oleh itu, penjagaan gigi secara berkala amatlah penting. Kalau gigi tidak dijaga dengan baik, pelbagai risiko bakal menimpa pada masa yang akan datang.
Oleh itu, sekiranya anda sedang atau telah pun mengalami masalah berkaitan dengan gigi seperti sakit gigi atau gigi berlubang, anda hendaklah segera berjumpa dengan doktor gigi yang boleh merawat anda. Kalau dibiarkan makin lama, takut lagi parah jadinya.
Betulkah Masih Wujud Klinik Gigi Shah Alam Murah? Di Mana Tu?
Berita baik untuk warga Shah Alam, kini ada klinik gigi yang murah dan berpatutan di lokasi berdekatan anda. Verde Amani Dental Care (VADC) merupakan salah satu klinik pergigian yang terbaik di Shah Alam. Bukan sahaja servisnya mantap, malah harganya juga murah.
Memang Jaranglah Kita Dengar Klinik Gigi Swasta yang Murah, Betul Tak?
Klinik gigi Shah Alam murah ini bertekad untuk memberikan servis yang family friendly sepanjang kunjungan anda di sini. Bukan itu sahaja, kebersihan ketika pemeriksaan dan perawatan gigi juga terjamin.
Untuk pengetahuan anda, VADC bukan sahaja menawarkan perkhidmatan khusus untuk sakit gigi sahaja. Ada banyak servis lain juga yang ditawarkan di sini. Senang kata memang versatilelah!
Rawatan | Harga **(tertakluk kepada perubahan semasa) |
---|---|
Dental X-ray | RM99 – RM250 |
Dental Check & Consultation | RM25 – RM49 |
Scaling and Polishing (Rawatan cuci karang gigi) | RM99 – RM199 |
Fillings (Rawatan tampalan gigi) | RM99 – RM149 |
Extraction (Cabutan gigi) | RM99 – RM249 |
Preventive (Sealant/Flouridetray) | RM60 |
Minor Oral Surgery – Membuang gigi geraham (wisdom tooth) bermasalah | RM399 – 799 |
Orthodontics (Braces/Pendakap gigi) | RM6999 – RM7999 |
Routine checkup (Outpatient braces) | RM200 |
Teeth whitening (Pemutihan gigi) | RM200 – RM699 |
Dental Crown (Sarung gigi) | RM699 |
Dental Bridge (Jambatan gigi) RCT (Rawatan akar gigi) | RM999 – RM1999 |
Retainer | RM249 – RM499 |
Electrocutter (Potong gusi) | RM99 – RM199 |
Maryland bridge | RM799 |
Cosmetic veneer (Veneer gigi) | RM199 – RM799 |
Dentures (Gigi palsu) | RM100 – RM1398 |
Implant (Tanam gigi) | RM5999 |
Apakah Keistimewaan VADC Berbanding dengan Klinik Pergigian Lain?
Selain daripada servis yang memuaskan, VADC juga menyediakan pelanggannya dengan fasiliti yang menarik. Klinik-klinik VADC menyediakan ruang menunggu yang selesa dan kondusif untuk pelanggannya.
Ibu bapa yang datang dengan anak-anak kecil juga tidak perlu risau ketika mendapatkan rawatan di VADC kerana kami menyediakan ruang mainan untuk kanak-kanak.
Kemudahan lain seperti kerusi roda juga kami sediakan bagi warga emas yang memerlukannya ketika kunjungan mereka ke klinik gigi Shah Alam murah ini.
Hubungi VADC HQ di talian 017-577 1657 sekiranya anda ingin membuat sebarang janji temu. Selain itu, anda dijemput untuk ke blog kami bagi meneruskan pembacaan dengan lebih lanjut mengenai klinik dan servis kami.
Testimoni Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care (VADC)
Kalau anda masih belum yakin lagi dengan kebolehan VADC untuk menawarkan harga yang berpatutan dengan servis yang mantap, jom dengarkan maklum balas daripada salah satu pelanggan VADC.
Di VADC, kami sedia menerima pertanyaan daripada anda. Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut serta penetapan janji temu, tuan/puan boleh hubungi kami di talian 017-577 1657 (VADC HQ). Anda juga boleh melayari laman Instagram kami untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej rawatan yang ditawarkan di VADC.
Disclaimer: Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus. Sebarang pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada pihak klinik pergigian seperti Verde Amani di sini ya.