Kesan memakai pendakap gigi ni seriuskah kepada kesihatan mulut kita? Adakah pendakap gigi boleh menyebabkan mulut sakit dan sebagainya? Jom ketahui lebih lanjut dalam entri kali ini.

Rasa-rasanya, majoriti dalam kalangan masyarakat hari ini sudah tidak asing lagi dengan pemakaian pendakap gigi atau lebih dikenali sebagai braces.

kesan memakai pendakap gigi
Ilustrasi pendakap gigi. Sumber – mstar.com.my

Pemakaian braces ni kerap dikaitkan dengan kecantikan kerana ia membantu memperbetulkan masalah gigi yang tidak terurus dan gigitan yang tidak rata.

Kepentingan Pendakap Gigi | Kesan Memakai Pendakap Gigi

Braces merupakan suatu alat yang digunakan oleh doktor gigi untuk pesakit mereka yang mempunyai masalah susunan atau kedudukan gigi yang tidak betul.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekitar tahun 2014, 27.1% pelajar sekolah berusia 13-14 tahun didapati memerlukan rawatan ortodontik (pergigian).

kesan memakai pendakap gigi
Gambar sekadar hiasan. Sumber – ohsemnow.com

Senarai menunggu yang panjang dapat diperhatikan hampir di semua klinik kerajaan kerana permintaannya yang tinggi dan juga kos rawatan yang menerima subsidi besar daripada kerajaan.

Rawatan ortodontik penting kerana alat seperti pendakap gigi dapat membantu mengatasi masalah seperti gigitan tidak rata, susunan gigi yang padat, kecacatan tulang muka dan sebagainya.

Sumber: Rencah.com

Kesan Memakai Pendakap Gigi

Sebenarnya, pemakaian pendakap gigi telah dibuktikan sangat selamat. Namun begitu, terdapat kurang kesedaran bahawa pemakaian pendakap gigi didatangi dengan beberapa risiko kecil.

1. Pembentukan Karang Gigi 

Pemakai braces perlu mengambil berat tentang kebersihan gigi mereka. Hal ini kerana, jika sisa makanan dibiarkan terlekat di celah-celah pendakap dan juga gigi, ianya boleh bergabung dengan bakteria dalam mulut dan membentuk plak.

Plak yang tidak dibersihkan pula akan membentuk tartar atau karang gigi yang keras dan sukar dihilangkan dengan sekadar menggosok gigi sahaja.

2. Gigi Menjadi Lebih Sensitif Merupakan Salah Satu Kesan Memakai Pendakap Gigi

Penggunaan pendakap gigi boleh menyebabkan penyusutan gusi. Apabila gusi menyusut, saraf gigi anda lebih terdedah kepada rangsangan daripada makanan sejuk atau panas yang boleh menyebabkan kesakitan.

Gigi sensitif boleh dihidapi oleh semua orang tetapi pemakai pendakap gigi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap gigi sensitif.

3. Pembetulan Gigi Tidak Kekal

Setelah pendakap gigi dibuka, anda perlulah memakai retainer seperti yang telah disarankan oleh doktor gigi anda. Jika pemakaian retainer diambil ringan atau tidak diendahkan, anda berisiko untuk kehilangan sebahagian daripada pembetulan struktur gigi dan hal ini akan menjadi salah satu kesan memakai pendakap gigi.

kesan memakai pendakap gigi
Ilutrasi retainer plastik. Sumber – bovbakerortho.com

Rutin Penjagaan Pendakap Gigi

Oleh hal yang demikian, rutin penjagaan pendakap gigi amatlah penting bagi mengelakkan kesan memakai pendakap gigi yang tidak diingini. Antaranya termasuklah:

1. Menggosok dan Memflos Gigi dengan Teliti

Proses pembersihan gigi mengambil lebih masa apabila memakai braces. Celah-celah pendakap dan pinggir gusi perlu diberus dengan teliti agar tiada sisa makanan yang terlekat yang boleh membentuk plak. Penggunaan berus interdental dan floss penting untuk menjaga kebersihan gigi.

2. Menggunakan Ubat Gigi Sensitif dan Bahan Kumur Berfluorida

Penggunaan ubat gigi sensitif dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan ngilu akibat makan atau minum makanan dan minuman yang sejuk atau panas. Selain itu, bahan kumur berfluorida juga dapat melindungi gigi daripada jangkitan bakteria.

3. Mengurangkan Makanan Bergula

Seperti yang kita sedia maklum, makanan bergula memberi kesan kepada kesihatan gigi kerana gula dapat menghakis enamel gigi. Selain itu, makanan seperti gula-gula getah dan makanan keras seperti kekacang juga perlu dielakkan untuk mengelakkan kerosakkan pada pendakap gigi.

Oleh itu, jika anda khuatir bakal mengalami kesan memakai pendakap gigi yang negatif, bolehlah amalkan langkah-langkah di atas. Jika anda mempunyai masalah seperti gigi tidak teratur dan ingin mendapatkan nasihat untuk memakai pendakap gigi, kami di VADC menyediakan perkhidmatan tersebut dengan harga yang berpatutan.

Sumber: Hello Doktor

Servis yang Ditawarkan di Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care

Antara servis dan rawatan yang ditawarkan di Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care ini adalah:

  • Dental Check & Consultation (Pemeriksaan gigi dan konsultasi)
  • Orthodontics (Braces/Pendakap gigi)
  • Scaling and Polishing (Rawatan cuci karang gigi)
  • Fillings (Rawatan tampalan gigi)
  • Extraction (Cabutan gigi)

Hubungi VADC HQ di talian 017-577 1657 sekiranya anda ingin membuat sebarang janji temu. Selain itu, anda dijemput untuk ke blog kami bagi meneruskan pembacaan dengan lebih lanjut mengenai klinik dan servis kami.

Testimoni Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care (VADC)| Kesan Memakai Pendakap Gigi

Mari ikuti salah satu feedback daripada bekas pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di Klinik Pergigian Verde Amani:

Di VADC, kami sedia menerima pertanyaan daripada anda. Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut serta penetapan janji temu, tuan/puan boleh hubungi kami di talian 017-577 1657 (VADC HQ). Anda juga boleh melayari laman Instagram kami untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej rawatan yang ditawarkan di VADC.

Disclaimer: Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus. Sebarang pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada pihak klinik pergigian seperti Verde Amani di sini ya.