Punca-punca gigi berdenyut sebab jarang gosok sahaja atau ada sebab lain jugak? Kami percaya yang ramai dalam kalangan anda pernah mengalami sakit gigi berdenyut kan?

Bila gigi dah sakit ni, hilang semua selera makan. Nak berborak dengan family pun tiada mood. Nak lakukan tugas harian pun tak selesa. Sebenarnya ada banyak punca gigi berdenyut.

Hari ini, kami nak berkongsi dengan anda punca-punca gigi berdenyut berserta rawatan yang anda boleh lakukan untuk melegakan sakit gigi. Jom ketahui lebih lanjut di bawah.

Punca-punca Gigi Berdenyut dan Sakit | Punca-punca Gigi Berdenyut

punca-punca gigi berdenyut
Ilustrasi sakit akibat bengkak gusi. – Sumber: hellodokter.com

Sakit gigi berdenyut ni boleh berpunca daripada banyak aspek termasuklah makanan yang terlekat akibat tidak menggosok gigi, posisi tidur yang tidak sesuai menyebabkan salur darah tersumbat, dan juga jangkitan kuman.

Antara punca yang paling kerap menyebabkan gigi berdenyut adalah seperti berikut:

1. Kaviti | Punca-punca Gigi Berdenyut

Kaviti berpunca daripada pengambilan makanan bergula menggalakkan bakteria dalam plak menghasilkan asid yang menyerang enamel gigi.

2. Gigi retak atau pecah

Gigi retak atau pecah berpunca daripada kemalangan boleh menyebabkan kesakitan bergantung kepada tahap kerosakan dan jenis gigi.

3. Penyakit periodontal

Periodontitis ialah penyakit yang menyebabkan kehilangan tulang alveolar secara progresif di sekitar gigi. Ianya kerap berlaku kepada golongan dewasa.

4. Jangkitan sinus | Punca-punca Gigi Berdenyut

Sinus (rongga hidung) yang dijangkiti virus atau bakteria boleh menyebabkan keradangan dan kesakitan pada bahagian hidung dan juga mulut.

Sumber: Hello Doktor

Apa Rawatan yang Sesuai untuk Merawat Gigi Berdenyut? | Punca-punca Gigi Berdenyut

Jadi, anda yang sedang membaca artikel ini pernah tak mengalami gejala-gejala seperti di atas? Jika pernah, kami di Verde Amani menyarankan anda menjalani rawatan-rawatan di bawah.

Terdapat banyak rawatan yang boleh dilakukan untuk melegakan gigi berdenyut. Antara rawatan segera yang anda dapat lakukan di rumah adalah seperti berikut:

1. Gunakan pek ais sebagai kompressor

Kesakitan boleh disurutkan menggunakan pek ais ataupun kompres sejuk jika anda mengalami ketidakselesaan di bahagian gusi.

2. Berkumur dengan air garam

Berkumur dengan air garam juga boleh meredakan gigi berdenyut. Satu atau dua sudu garam perlu dicampur dengan air suam dan dikumur seperti mouthwash.

3. Analgesik untuk meredakan sakit

punca-punca gigi berdenyut
Ilustrasi analgesik. – Sumber: educalingo.com

Analgesik (ubat tahan sakit) seperti ibuprofen dan acetaminophen boleh melegakan rasa sakit gigi dan boleh didapati di farmasi berdekatan.

4. Gunakan minyak cengkih

Minyak cengkih merupakan alternatif tradisional untuk merawat sakit gigi. Dengan menggunakan kain atau kapas yang direndam dalam minyak tersebut, sapukan pada bahagian gigi yang sakit.

Jika kesakitan pada bahagian mulut anda masih berterusan, kami amat mengesyorkan anda berjumpa doktor gigi dengan kadar segera.

Amalan Baik untuk Gigi yang Sihat

Selain itu, tabiat penjagaan gigi yang baik juga perlu bagi mengelakkan gigi berdenyut pada masa hadapan, bak kata pepatah,”beringat sebelum kena”. Antara amalannya adalah seperti berikut:

1. Gosok dan floss gigi secara berkala | Punca-punca Gigi Berdenyut

Gigi merupakan aset yang penting kepada keyakinan diri. Maka, amalan seperti menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan flossing penting bagi mengekalkan gigi yang sihat.

2. Gunakan ubat gigi yang sesuai

Ubat gigi untuk gigi sensitif dapat memberi rasa kebas kepada saraf yang terdedah akibat gigi yang sakit seperti berlubang.

3. Jumpa doktor gigi setiap 6 bulan

Kesihatan gigi sama pentingnya dengan tubuh badan. Oleh itu, pemeriksaan berkala setiap 6 bulan atau setiap 12 bulan dapat mempersiapkan kita menghadapi risiko masalah gigi.

Diet yang Sihat Mencegah Masalah Gigi | Punca-punca Gigi Berdenyut

Pemakanan juga memainkan peranan yang penting bagi gigi yang sihat. Makanan yang manis dan berasid seperti kek, coklat, dan air soda boleh menyebabkan masalah besar kepada enamel gigi anda, terutama sekali jika ia melekat dan tidak dibersihkan.

punca-punca gigi berdenyut
Ilustrasi makanan manis dan bergula. – Sumber: kompas.com

Makanan yang keras pula seperti ais, kacang dan gula-gula berkemungkinan meretakkan enamel gigi anda.

Video TikTok di bawah menunjukkan keadaan gigi salah seorang pelanggan Verde Amani yang retak akibat tabiat suka mengunyah ais:

@verdeamani

Jangan kerap gigit ais batu ‼️ sayangi gigi anda 😔 credit 📸: @the.teeth.doc #learnontiktok #noice #vadc #verdeamanidentalcare #klinikgigi #fyp

♬ original sound – Verde Amani – Verde Amani Dental Care

Secara ringkasnya, jika anda tidak mahu punca-punca gigi berdenyut mengggangu kehidupan seharian, amalan dan pemakanan yang sihat harus dijadikan panduan selain menjalani rawatan yang disarankan di klinik pergigian yang diiktiraf.

Kenali Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care

Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care (VADC) ini dahulunya dikenali sebagai Klinik Pergigian Nazurah (KPNZ) yang mana telah beroperasi setelah 10 tahun sebelum bertukar milikan kepada Dr. Rabi’atul Adawiah dan Dr. Verde Wigid Putra (pemilik terkini) untuk dikendalikan.

Selepas 5 tahun beroperasi, Klinik Pergigian Verde Amani ini telah membuka 2 cawangan baru di Bandar Botanik, iaitu Klinik Pergigian Mesra Botanik dan di cawangan Shah Alam.

Servis yang ditawarkan di Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care

Antara servis dan rawatan yang ditawarkan di Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care ini adalah:

  • Dental Check & Consultation (Pemeriksaan gigi dan konsultasi)
  • Scaling and Polishing (Rawatan cuci karang gigi)
  • Fillings (Rawatan tampalan gigi)
  • Extraction (Cabutan gigi)
  • Preventive (Sealant/Flouridetray)

Hubungi VADC HQ di talian 017-577 1657 sekiranya anda ingin membuat sebarang janji temu. Selain itu, anda dijemput untuk ke blog kami bagi meneruskan pembacaan dengan lebih lanjut mengenai klinik dan servis kami.

Testimoni Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care (VADC)

Mari ikuti salah satu feedback daripada bekas pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di Klinik Pergigian Verde Amani:

Di VADC, kami sedia menerima pertanyaan daripada anda. Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut serta penetapan janji temu, tuan/puan boleh hubungi kami di talian 017-577 1657 (VADC HQ). Anda juga boleh melayari laman Instagram kami untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej rawatan yang ditawarkan di VADC.

Disclaimer: Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus. Sebarang pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada pihak klinik pergigian seperti Verde Amani di sini ya.