Kebiasaannya, sakit gigi boleh berlaku secara tiba-tiba dan ia boleh menjejaskan aktiviti seharian kita termasuklah sakit akibat gigi bongsu. Gigi bongsu merupakan gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik. Terdapat beberapa cara untuk hilangkan sakit gigi bongsu.
Jom luang masa untuk ketahui cara mengatasinya.
Apa Itu Gigi Bongsu? | Hilangkan Sakit Gigi Bongsu
Untuk pengetahuan anda, gigi bongsu merupakan gigi dewasa terakhir yang akan tumbuh ketika usia 17 hingga 25 tahun. Kebiasaannya, setiap individu mempunyai 4 gigi bongsu di bahagian belakang mulut, 2 pada bahagian atas dan 2 pada bahagian bawah.
Gigi bongsu sering kali tumbuh secara tidak normal iaitu ia tumbuh dalam keadaan terimpak. Gigi bongsu boleh tumbuh dalam tiga keadaan, iaitu tumbuh penuh tapi senget, tumbuh separa dan gigi bongsu tumbuh secara terbenam atau tenggelam. Setiap individu akan merasai kesakitan yang sangat berbeza ketika proses gigi bongsu tumbuh.
Sesetengah individu akan mengalami kesakitan yang berterusan, manakala ada juga yang hanya mengalami kesakitkan dan ketidakselesaan ketika mengunyah makanan atau menyentuh bahagian tersebut.
Masalah pada Gigi Bongsu | Hilangkan Sakit Gigi Bongsu
Disebabkan gigi bongsu tumbuh secara tidak normal, ia mungkin menyebabkan beberapa masalah antaranya:
1. Masalah pada Gigi | Hilangkan Sakit Gigi Bongsu
Bagi pertumbuhan gigi bongsu di belakang, sekiranya gigi tumbuh senget, ia akan menyebabkan makanan senang terselit antara gigi pada bahagian belakang. Hal ini akan menyebabkan masalah karies gigi.
2. Masalah pada Gigi yang Lain
Gigi bongsu yang tumbuh boleh memberi masalah pada gigi yang lain iaitu gigi yang berdekatan dengannya. Jadi, gigi tersebut akan menjadi rosak.
3. Masalah Gusi | Hilangkan Sakit Gigi Bongsu
Apabila gigi bongsu tumbuh secara senget maka kebiasaannya akan ada gusi yang tumbuh di sekeliling gigi yang dipanggil operculum. Jadi, gusi yang tumbuh di sekelilingi gigi mempunyai poket dan makanan lagi mudah terselit di bahagian tersebut.
Gigi belakang kebiasaannya sukar dibersihkan dan ia menyebabkan makanan mudah tersangkut. Jadi, keadaan tersebut akan mengakibatkan berlakunya jangkitan kuman, bengkak dan sakit di kawasan berkenaan.
Komplikasi Gigi Bongsu Terimpak | Hilangkan Sakit Gigi Bongsu
Gigi bongsu yang terhimpit boleh menyebabkan pelbagai komplikasi antaranya:
1. Kesakitan
2. Jangkitan
3. Kebengkakan
4. Penyakit gusi
5. Nafas berbau
6. Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
7. Kesukaran membuka mulut
8. Kesakitan rahang
9. Rasa tidak selesa di dalam mulut
Rawatan Hilangkan Sakit Gigi Bongsu
Anda digalakkan untuk mendapatkan rawatan pakar dengan segera. Hal ini dikatakan demikian kerana, anda mungkin mengalami kesakitan yang serius sekiranya anda melengahkan masa untuk berjumpa doktor. Namun, terdapat beberapa rawatan yang boleh anda lakukan di rumah bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik, antaranya:
- Makan ubat penahan sakit mengikut saranan daripada doktor.
- Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
- Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
- Hisap ketulan ais supaya gusi menjadi kebas.
Sumber: PORTAL MyHEALTH
Rawatan hilangkan sakit gigi bongsu sekiranya anda berjumpa doktor gigi adalah:
- Sekiranya ada gusi yang tumbuh di bahagian atas gigi, doktor akan mengambil langkah untuk memotong sedikit bahagian tersebut.
- Doktor akan membersihkan gigi. Sekiranya ia bengkak, doktor akan beri ubat antibiotik dan ubat tahan sakit.
- Jika masalah masih berulang dan menyebabkan masalah pada gigi lain, doktor akan mencabut gigi berkenaan.
- Gigi bongsu yang sepenuhnya tumbuh akan dicabut secara normal. Namun, jika gigi tersebut tenggelam, pembedahan kecil akan diperlukan.
Sebab Gigi Bongsu Perlu Dicabut | Hilangkan Sakit Gigi Bongsu
Bagi anda yang pernah mengalami sakit gigi, ia tentunya sedikit sebanyak menjejaskan emosi dalam kehidupan seharian. Namun, sakit gigi akibat pertumbuhan gigi bongsu juga tidak kurang hebatnya. Ada dalam kalangan anda yang tidak mampu membuat apa-apa pun dan hanya berehat seharian.
Jelaslah, gigi bongsu perlu dibuang untuk mengelakkan masalah pada masa akan datang. Antara sebab perlu buang gigi bongsu adalah:
1. Elak Sakit Gigi yang Serius
Apabila gigi bongsu tumbuh, gusi anda akan berasa tidak selesa dan mula berasa sakit. Walaupun anda tidak kerap mengalami sakit gigi, tetapi itu merupakan tanda sebelum ia menjadi lebih teruk. Setiap kali gigi anda sakit, anda disarankan untuk tidak mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol kerana ia tidak akan membantu menyelesaikan masalah anda.
Sekiranya anda sudah dapat agak kesakitan gigi itu berpunca daripada gigi bongsu, maka cepat-cepatlah berjumpa doktor gigi di klinik yang berdekatan supaya sakit tersebut segera reda.
2. Gusi dan Pipi Menjadi Bengkak | Hilangkan Sakit Gigi Bongsu
Apabila gigi bongsu sedang tumbuh, anda bukan sahaja rasa sakit gigi tetapi gusi dan pipi juga boleh menjadi bengkak. Ini merupakan petanda untuk anda mencabut gigi tersebut.
Sekiranya ia dibiarkan terlalu lama, kesakitnnya akan menjadi lebih kerap sehingga membuatkan anda berasa tidak selesa. Anda mungkin mengalami beberapa kesan seperti gangguan emosi serta kurang nafsu makan.
3. Kesan Terhadap Gigi Lain
Pertumbuhan gigi bongsu selalunya berada dalam keadaan terhimpit iaitu pada bahagian paling hujung atau belakang rongga mulut.
Terdapat banyak kes di mana gigi sebelum gigi bongsu turut terkesan dari segi kedudukan atau ia turut rosak. Jadi, sangat disarankan untuk anda membuang gigi bongsu berkenaan.
4. Struktur Gigi Menjadi Tidak Rata
Gigi bongsu yang tumbuh dalam keadaan tidak lurus akan membuatkan struktur gigi anda kelihatan tidak tersusun dengan baik.
Sebagai contohnya, gigi yang tumbuh ke arah pipi akan menyebabkan anda sering tergigit pipi dan boleh menyebabkan pendarahan. Selain itu, kedudukan barisan gigi pada bahagian bawah dan atas juga tidak akan sama.
5. Sinus
Antara sebab lain gigi bongsu perlu dibuang ialah pertumbuhan gigi bongsu ini boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit sinus selesema. Selain itu, tekanan gigi bongsu ini juga boleh membuatkan seseorang berasa sakit kepala.
Sumber: MStar
Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care (VADC)
VADC menyediakan pelbagai rawatan khususnya untuk gigi berlubang dan gigi yang telah rosak. Anda boleh sahaja mengunjungi Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care bagi tujuan rawatan tampalan gigi yang berlubang, cabutan gigi dan sebagainya.
Suasana di Klinik Pergigian VADC yang sangat selesa dan sesuai untuk pesakit datang mendapatkan rawatan.
Tuan Puan dijemput untuk ke blog kami bagi meneruskan pembacaan dengan lebih lanjut mengenai klinik dan servis kami.
Testimoni Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care (VADC) | Hilangkan Sakit Gigi Bongsu
Mari ikuti perkongsian pengalaman daripada pesakit Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care.
Di VADC, kami sedia menerima pertanyaan daripada anda. Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut serta penetapan janji temu, tuan/puan boleh hubungi kami di talian 017-577 1657 (VADC HQ). Anda juga boleh melayari laman Facebook kami untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej rawatan yang ditawarkan di VADC.