Anda pemakai braces dan getah braces anda kerap tercabut? Ramai dalam kalangan pemakai braces tentunya menghadapi situasi kesan getah braces tercabut ini apatah lagi jika mereka masih baru menggunakannya. Pemakaian braces atau pendakap gigi amat digalakkan kepada mereka yang mengalami masalah gigi yang tidak teratur dan mempunyai gigitan yang tidak sempurna.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa kesan sekiranya getah braces tercabut?
Mari ketahui dengan lebih lanjut perkongsian bermanfaat mengenai kesan getah braces tercabut di bawah.
Apa itu Braces? | Kesan Getah Braces Tercabut
Umumnya mengetahui braces merupakan salah satu rawatan ortodontik yang digunakan bagi membetulkan masalah pada gigi yang tidak terurus dan ia hanya boleh dilakukan oleh pakar pergigian yang diiktiraf. Selain itu, pemakaian braces ini juga dapat memperbaiki kedudukan gigitan gigi di dalam sesebuah rahang.
Dengan pemakaian braces ini, keyakinan diri pada seseorang individu dapat ditingkatkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, sekiranya seseorang individu itu mengalami masalah gigi tidak teratur atau jongang, pemakaian braces mampu membantu individu itu memperoleh kembali keyakinan dirinya setelah giginya menjadi cantik semula.
Jenis-jenis Braces | Kesan Getah Braces Tercabut
Terdapat beberapa jenis braces yang perlu anda ketahui, antaranya adalah:
1. Pendakap Gigi Besi/Tradisional
Pendakap gigi jenis ini dihasilkan daripada wayar keluli tahan karat dan braket besi yang dilekatkan ke gigi bersama sejenis simen. Braket ini pula akan disambungkan bersama menerusi wayar arkus yang memberikan tekanan pada gigi untuk bergerak ke posisi yang lebih baik.
Seterusnya, wayar arkus tersebut disambungkan ke braket dengan menggunakan getah pengikat yang akan ditukar oleh doktor atau pakar gigi setiap kali pendakap gigi diketatkan.
2. Pendakap Gigi Seramik | Kesan Getah Braces Tercabut
Kaedah penggunaan pendakap gigi seramik sama sahaja seperti pendakap gigi besi, tetapi braketnya diperbuat daripada bahan seramik yang jelas dan telus. Untuk pengetahuan anda semua, pendakap gigi jenis ini sangat terkenal kerana braketnya tidak terlalu jelas dari segi pandangan dan ia memang menjadi pilihan ramai orang.
3. Pendakap Gigi Lingual
Untuk pengetahuan anda, pendakap gigi lingual juga sama seperti pendakap gigi tradisional kecuali braket dan wayarnya diletakkan di bahagian dalam gigi, iaitu di bahagian lelangit dan lidah. Yang paling menariknya, pendakap gigi ini langsung tidak kelihatan dari luar. Namun, kelemahan pendakap gigi lingual ini adalah ia sangat susah untuk dibersihkan dan harganya jauh lebih mahal.
4. Invisalign | Kesan Getah Braces Tercabut
Invisalign adalah sejenis pendakap gigi yang kelihatan seperti plastik jernih. Ia dibuat khas mengikut keadaan dan bilangan gigi pesakit. Selain itu, ia juga menyerupai pelindung gigi (mouth guard). Tidak seperti pendakap gigi yang lain, invisalign ini boleh dibuka ketika waktu makan dan pesakit boleh menukarnya pada setiap 2 minggu. Setiap pendakap gigi yang baru tersebut berfungsi untuk mengubah kedudukan gigi.
Sumber: The Diagnosa
Siapa yang Perlu Memakai Braces?
Setelah anda tahu apa itu braces serta jenis-jenisnya, anda juga pasti nak tahu siapakah yang perlu memakai braces tersebut, kan? Bagi anda yang mempunyai masalah susunan gigi tidak teratur, anda disarankan agar menggunakan braces untuk membetulkan kedudukan gigi anda.
Namun, sebenarnya anda tidak boleh membuat penilaian sendiri sama ada anda memerlukan pemakaian braces atau tidak. Hal ini dikatakan demikian kerana, keperluan pemakaian braces adalah bergantung kepada tahap masalah yang dihadapi oleh gigi anda.
Nasihat daripada kami sebaiknya anda mendapatkan pemeriksaan dan rundingan daripada pakar di klinik-klinik gigi yang berdekatan untuk mengetahui tahap masalah gigi berserta keperluan untuk menggunakan pendakap gigi.
Kesan Getah Braces Tercabut
Getah braces mempunyai beberapa jenis, iaitu elastic ligature dan chain elastic. Namun, getah braces yang digunakan dalam rawatan merujuk kepada elastic ligature.
Kesan sekiranya getah elastic ligature tercabut ialah dawai dan braket tidak dapat bergerak seperti mana yang dijangkakan. Jadi, ia mungkin akan menganggu pergerakan gigi secara am. Selain itu, kesan lain sekiranya elastic ligature tercabut, ia akan menyebabkan ketidakselesaan dan pergerakan gigi yang agak sukar bagi pemakai braces.
Tips Penjagaan Braces | Kesan Getah Braces Tercabut
Bagi anda yang ingin mengetahui mengenai penjagaan braces, mari ikuti perkongsian di bawah.
Penjagaan braces sangat digalakkan kerana ia membantu mengelakkan sebarang masalah gigi yang lain timbul. Perkara ini penting agar anda tidak mengalami kesan buruk apabila getah braces tercabut.
Antara cara penjagaan braces yang disyorkan ialah:
- Berus gigi 2 kali sehari
- Flos sekali setiap hari
- Berus dan flos gigi secara berhati-hati untuk mengelakkan braket dan wayar rosak
- Menggunakan ubat gigi berfluorida
- Menggunakan ubat kumur mulut untuk membersihkan mulut
- Mengelakkan snek yang boleh tersekat pada celah gigi
- Mengelakkan makanan melekit
- Tidak menggigit makanan keras yang boleh merosakkan pendakap gigi
- Sentiasa hadir janji temu yang telah diberikan oleh doktor gigi
Kenali Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care
Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care (VADC) ini dahulunya dikenali sebagai Klinik Pergigian Nazurah (KPNZ) yang mana telah beroperasi setelah 10 tahun sebelum bertukar milikan kepada Dr. Rabi’atul Adawiah dan Dr. Verde Wigid Putra (pemilik terkini) untuk dikendalikan.
Pada mulanya, KPNZ beroperasi di tingkat 1. Selepas 5 tahun KPNZ beroperasi, ia telah berkembang menjadi 2 tingkat. Pada September 2020, nama KPNZ diberi penjenamaan semula menjadi Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care (VADC).
Selepas 5 tahun beroperasi, Klinik Pergigian Verde Amani ini telah membuka 2 cawangan baru di Bandar Botanik, iaitu Klinik Pergigian Mesra Botanik dan di cawangan Shah Alam.
Servis yang ditawarkan di Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care | Kesan Getah Braces Tercabut
Antara servis dan rawatan yang ditawarkan di Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care ini adalah:
- Dental X-Ray
- Dental Check & Consultation (Pemeriksaan gigi dan konsultasi)
- Scaling and Polishing (Rawatan cuci karang gigi)
- Fillings (Rawatan tampalan gigi)
- Extraction (Cabutan gigi)
- Preventive (Sealant/Flouridetray)
- Airflow/EMS
- Minor Oral Surgery
- Membuang gigi geraham (wisdom tooth) bermasalah
- Orthodontics (Braces/Pendakap gigi)
- Routine checkup (Outpatient braces)
- Debond braces
- Teeth whitening (Pemutihan gigi)
- Implant (Tanam gigi)
- Dentures (Gigi palsu)
- Cosmetic veneer (Veneer gigi)
- Dental Crown (Sarung gigi)
- Maryland bridge
- Dental Bridge
- RCT (Rawatan akar gigi)
- Retainer
- Electrocutter (Potong gusi)
Hubungi VADC HQ di talian 017-577 1657 sekiranya anda ingin membuat sebarang janji temu. Selain itu, Tuan Puan dijemput untuk ke blog kami bagi meneruskan pembacaan dengan lebih lanjut mengenai klinik dan servis kami.
Di Mana Kami Berada? | Kesan Getah Braces Tercabut
Kami mempunyai 3 cawangan iaitu di Cawangan HQ (Jalan Raja Nong, Klang), Cawangan Bandar Botanik, Klang dan Cawangan Seksyen 13, Shah Alam. Mari ikuti alamat di 3 cawangan kami seperti berikut:
Headquarters (HQ): Cawangan HQ (Jalan Raja Nong, Klang)
Alamat HQ:
No.25 (Ground Floor), Jalan Raja Nong, 1/KS2, 41000 Klang, Selangor (Bersebelahan kedai Mamak ARR Corner & Klinik Mediveron).
Waktu operasi:
Isnin, Rabu, Jumaat & Sabtu | 9:00am-5:00pm
Selasa & Khamis | 9:00am-5:00pm | 8:00pm-10:00pm
Rehat | 1:00pm-2:00pm & 5:00pm-8:00pm
Cawangan Bandar Botanik, Klang
Alamat cawangan 1:
No. 41, Jalan Resak 2/KS7, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor (Bersebelahan PoliKlinik Botanik).
Waktu operasi:
Isnin hingga Sabtu | 9:00am-5:00pm
Rehat | 1:00pm-2:00pm
Cawangan Seksyen 13, Shah Alam
Alamat cawangan 2:
Emira Residence & Urban Retail, R-01-16, Jalan Akuatik A13/64A Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Waktu operasi:
Selasa, Khamis, Sabtu & Ahad | 9:00am-5:00pm
Isnin, Rabu, Jumaat | 9:00am-5:00pm | 8:00pm-10:00pm
Rehat | 1:00pm-2:00pm & 5:00pm-8:00pm
Testimoni Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care (VADC)
Mari ikuti salah satu feedback daripada bekas pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di Klinik Pergigian Verde Amani:
Di VADC, kami sedia menerima pertanyaan daripada anda. Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut serta penetapan janji temu, tuan/puan boleh hubungi kami di talian 017-577 1657 (VADC HQ). Anda juga boleh melayari laman Instagram kami untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej rawatan yang ditawarkan di VADC.