Tuan Puan masih mencari klinik gigi terbaik Klang yang menawarkan perkhidmatan servis yang memberikan kualiti dan range harga yang berpatutan? Masih tertanya-tanya mana satu klinik gigi yang menjadi pilihan sekeluarga? Dengan pembacaan hanya 5 minit, kami sedia membantu.

Tuan Puan pasti tahu penjagaan gigi amatlah penting untuk mengelakkan kerosakan gigi. Jika Tuan Puan ada simptom sakit gigi, penting untuk Tuan Puan segera membuat rawatan. Memilih klinik gigi yang terbaik dan dipercayai di kawasan berdekatan juga penting. Ini kerana jika berlaku sebarang kecemasan, Tuan Puan sudah tahu ke mana hendak pergi mendapatkan rawatan.

Bagi Tuan Puan yang tinggal di kawasan Klang dan sekitarnya, jangan lepaskan peluang untuk pergi membuat check-up di klinik gigi terbaik Klang ini. Bukan perkhidmatan servisnya sahaja yang bagus, doktor dan semua kakitangan juga sangat ramah dan sedia menjawab setiap persoalan pesakit.

Klinik Pergigian Verde Amani – Klinik Gigi Terbaik Klang

Di Klang, terdapat banyak klinik gigi yang beroperasi. Ada diantara Tuan Puan tidak tahu mahu ke klinik mana?

Jangan risau, di Klinik Pergigian Verde Amani (VADC), perkhidmatan yang disediakan bagus dan terbaik! Banyak reviu yang rata-ratanya berpuas hati dengan servis yang diberikan dengan tawaran harga yang berpatutan.

Di VADC, memastikan gigi pelanggan dalam keadaan sihat dan bersih adalah matlamat utama. Selari dengan moto “Now, Everyone Can Smile”, VADC komited untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan supaya mereka boleh tersenyum lebar dan berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Klinik Pergigian Verde Amani (VADC) yang pada awalnya dinamakan Klinik Pergigian Nazurah (KPNZ) ini dimiliki oleh pasangan suami isteri, Dr. Rabi’atul Adawiah binti Subahi dan Dr. Verde Wigid Putra.

Pada Julai 2021, Klinik Gigi Terbaik Klang – VADC ini membuka 2 cawangan baharu di Bandar Botanik dengan nama Klinik Pergigian Mesra Botanik. Pada masa yang sama, cawangan Shah Alam masih dalam proses pengubahsuaian.

Klinik Gigi Terbaik Klang

Servis yang Ditawarkan Berserta Harga

Di VADC, banyak jenis perkhidmatan servis yang ditawarkan. Sebut sahaja jenis perawatan dari pemeriksaan gigi, scaling, tampalan gigi, cabutan gigi dan banyak lagi, semua ada di sini. Tuan Puan boleh survey dahulu servis dan harga di sini supaya mudah untuk membuat perancangan.

Di sini kami listkan servis yang ditawarkan berserta anggaran harganya. Harga adalah berbeza mengikut jenis rawatan.

Jenis RawatanAnggaran Harga
Dental X-Ray RM99 – RM250
Dental Check & Consultation (Pemeriksaan gigi dan konsultasi) RM25 – RM49
Scaling and Polishing (Rawatan cuci karang gigi) RM 99 – RM199
Fillings (Rawatan tampalan gigi) RM99 – RM149
Extraction (Cabutan gigi) RM99 – RM249
Preventive (Sealant/Flouridetray) RM60
Airflow/EMS RM99
Minor Oral Surgery – Membuang gigi geraham (wisdom tooth) bermasalah RM399 – RM799
Orthodontics (Braces/Pendakap gigi) RM6999 – RM7999
Routine checkup (Outpatient braces)RM200
Debond braces RM299
Teeth whitening (Pemutihan gigi) RM200 – RM699
Implant (Tanam gigi) RM5999
Dentures (Gigi palsu)RM100 – RM1398
Cosmetic veneer (Veneer gigi)RM199 – RM799
Dental Crown (Sarung gigi) RM699
Maryland bridge RM799
RCT (Rawatan akar gigi) RM999 – RM1999
Retainer RM249 – RM499
Electrocutter (Potong gusi) RM99 – RM199

Mengapa Klinik Gigi Terbaik Klang – Verde Amani

1. Barisan doktor dan staf yang profesional

Bukan sahaja VADC menawarkan servis yang bagus, VADC juga mempunyai barisan doktor pergigian profesional yang berlesen dan sah. Staf juga memberi layanan yang mesra dan mampu memenuhi kehendak rawatan yang diingini.

Tuan Puan ada banyak persoalan tentang pergigian? Doktor di VADC sedia menjawab dengan lembut. Pemeriksaan juga dijalankan dengan teliti. Semua pelanggan pasti puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

2. Ruang yang selesa

Klinik Gigi Terbaik Klang
Klinik Gigi Terbaik Klang

Jika Tuan Puan menghantar anak atau ahli keluarga ke sini, VADC ada menyediakan ruang menunggu yang selesa, bersih dan cantik. Sambil-sambil menunggu nama dipanggil, Tuan Puan boleh menonton televisyen dan menikmati air minuman (Coway) yang disediakan. Ada disediakan juga ruang untuk anak-anak kecil bermain yang selamat dan menyeronokkan.

3. Harga yang berpatutan

Klinik Gigi Terbaik Klang – VADC menawarkan harga yang sangat berbaloi dan berpatutan. Buktinya, ramai antara pelanggan yang berpuas hati dan memberikan reviu yang positif tentang harganya yang sesuai dengan jenis rawatan.

Untuk pengetahuan Tuan Puan, rawatan percuma akan diberikan untuk pemeriksaan selepas rawatan gigi. Best kan. Bukan itu sahaja, kelebihan jika Tuan Puan mahu buat braces, tiada deposit yang akan dikenakan dan bayaran bulanan juga rendah. Di VADC juga ada jaminan perawatan gigi selama sebulan.

Tuan Puan jangan risau, semua harga yang ditawarkan adalah berbaloi dan berpatutan.

4. Bayaran yang fleksibal

Untuk memudahkan pelanggan, di Klinik Gigi Terbaik Klang – VADC ini telah menyediakan pelbagai jenis cara pembayaran. Ini termasuklah secara tunai, kad debit, transfer, QR Pay, E-Wallet, Boost dan banyak lagi. Manakah menjadi pilihan Tuan Puan?

Peringatan Sebelum Hadir ke Temujanji

Beberapa peringatan SOP perlu dipatuhi sebelum hadir ke klinik untuk mencegah risiko jangkitan. Antara peringatan SOP termasuklah;

  1. Pesakit hendaklah dalam keadaan yang sihat.
  2. Tidak berkontak rapat dengan pesakit COVID-19.
  3. Sekiranya pesakit positif, hendaklah kuarantin diri selama 14 hari selepas sembuh/potong gelang.
  4. Jika mempunyai simpton/kurang sihat, digalakkan untuk tunda temujanji anda.
  5. Confirmkan kehadiran anda di WhatsApp/SMS.
  6. Datang 15 minit awal sebelum waktu temujanji.
  7. Hadir dengan mengikut SOP yang ditetapkan seperti memakai mask, menggunakan hand sanitizer yang disediakan, mengamalkan penjarakkan sosial dan scan MySejahtera.

Testimoni kepada Klinik Gigi Terbaik Klang – Verde Amani

Klinik Gigi Terbaik Klang – VADC menerima ramai pelanggan yang datang dari luar kawasan. Ada yang tinggal jauh tapi sanggup datang ke VADC untuk buat rawatan. Jom lihat apa katanya.

Lokasi Klinik Gigi Terbaik Klang – Verde Amani

Cawangan Jalan Raja Nong, Klang

No. 25 (Ground Floor), Jalan Raja Nong, 1/KS2, 41000 Klang, Selangor


Cawangan Bandar Botanik, Klang

No. 41, Jalan Resak 2/KS7, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor


VADC Bakal Menemui Warga Shah Alam Tak Lama Lagi!

Ya betul, Klinik Pergigian Verde Amani akan ada cawangan baru di Shah Alam. Tidak lama lagi klinik akan mula beroperasi sepenuhnya.

Bagi Tuan Puan yang tinggal di Shah Alam dan sekitarnya, bolehlah hubungi kami untuk mendapatkan rawatan pergigian di sini.

Cawangan Shah Alam

Emira Residence & Urban Retail, R-01-16, Jalan Akuatik A13/64A Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor


Tuan Puan nak buat check-up gigi? Consultation pasal gigi? Kami sedia membantu. Jangan risau, rawatan kami sangat memuaskan dan doktor semua friendly. Kami sangat komited untuk memberikan rawatan dan layanan yang baik untuk Tuan Puan.

Jika Tuan Puan memerlukan rawatan atau khidmat perundingan kaunseling berkaitan, Tuan Puan boleh hubungi kami untuk temujanji atau appointment di talian nombor +60175771657 atau klik disini untuk WhatsApp.

Ingin baca lebih lanjut tentang masalah kesihatan gigi, Tuan Puan boleh klik di sini.

Disclaimer: Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus. Sebagai pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada pihak klinik pergigian seperti Verde Amani di sini ya.