Pernah tak Tuan Puan ada di situasi di mana gigi pecah dan sakit? Sedang asyik berborak dengan family sambil makan keropok lekor tiba-tiba terdengar bunyi letupan dalam mulut.

Min pernah ada di situasi tersebut. Gelabah memang tak terkata. Risau takut jadi apa-apa yang membahayakan gigi dan gusi, Min pun pergi dapatkan rawatan di klinik pergigian yang berdekatan.

Nasib baik Min pergi ke sana dengan segera. Gigi pecah telah dirawat dan rasa sakitpun berkurangan.

Gigi pecah boleh berpunca daripada pengabaian rutin penjagaan gigi tidak kiralah di rumah mahupun di klinik pergigian. Tapi, ada lagi punca lain dan rawatan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah berkenaan.

Hari ini, Min nak pinjam sedikit masa Tuan Puan untuk perkongsian mengenai masalah gigi pecah dan sakit.

Apakah itu gigi pecah dan sakit?

Gigi pecah terjadi kerana berlakunya keretakan dan kerosakan pada kulit keras gigi. Tuan Puan, dalam mulut kita terutamanya di bahagian gusi dan gigi, ada cengkerang luar gigi. Cengkerang luar gigi merupakan enamel yang berfungsi untuk melindungi pulpa dalaman gigi yang lebih lembut.

Sumber : The Diagnosa
Gambar sekadar ilustrasi sahaja. – Sumber : The Diagnosa

Sekiranya cengkerang luar gigi rosak maka gigi berpotensi untuk pecah atau retak. Gigi yang pecah sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan kesakitan, jangkitan atau kehilangan gigi (bergantung kepada jenis kerosakan).

Lepas itu, apabila gigi pecah , sudah tentu akan ganggu aktiviti harian Tuan Puan seperti beriadah, bekerja, makan dan sebagainya.

Dalam beberapa situasi, gigi boleh pecah teruk. Mungkin disebabkan gigi menjadi rosak, patah atau trauma akibat kemalangan. Restorasi akan terganggu kerana banyak gigi yang telah hilang. Mencabut gigi adalah wajar sebagai pilihan penggantian yang sesuai.

Gigi retak itu apa pula, Min? Sama ke dengan gigi pecah?

Ilustrasi gigi retak. - Sumber: Sotadental.com
Ilustrasi gigi retak. – Sumber: Sotadental.com

Gigi pecah dan gigi retak adalah dua situasi yang berbeza.

Berikut merupakan penjelasan daripada salah seorang doktor di klinik pergigian Verde Amani:

“Gigi retak adalah lebih kepada crack. Terdapat istilah crack syndome iaitu gigi sakit bila ditekan/digunakan/diketuk tanpa sebab yang jelas, tiada lubang atau masalah gusi. Jadi, doktor gigi menggunakan istilah crack-syndome, suspected ada crack dekat bahagian dalam akar gigi.

Patah atau pecah lebih sesuai disebut fracture. Beberapa literature, dia samakan antara fracture dan crack sebab daripada crack boleh jadi fracture, daripada fracture boleh jadi crack.” – Dr Putra

Jenis-jenis gigi pecah dan sakit

 Sumber: Alomedika
Sumber: Alomedika
  • Craze lines – Retakan cetek yang tidak menimbulkan rasa sakit dan tidak memerlukan rawatan.
  • Cusp patah/ pecah di permukaan kunyah gigi.
  • Gigi pecah – Retak hingga ke akar, memisahkan bahagian gigi.
  • Fraktur akar menegak – Retakan bermula di akar dan bergerak ke atas ke permukaan mengunyah.

Sumber: Deltadental.com

Apakah punca terjadinya gigi pecah dan sakit?

Gigi pecah boleh berpunca daripada pelbagai punca, mungkin disebabkan oleh cara pemakanan ataupun kegiatan harian yang menyebabkan gigi pecah. Berikut adalah punca terjadinya gigi pecah dan sakit:

Tabiat mengetap gigi

Tabiat mengetap gigi boleh menyebabkan gigi pecah dan sakit. - Sumber: First Health Station
Tabiat mengetap gigi boleh menyebabkan gigi pecah dan sakit. – Sumber: First Health Station

Mengetap gigi adalah perbuatan menggesel antara gigi-gigi menggunakan rahang atas dan rahang bawah.

Ianya boleh terjadi semasa tidur ataupun semasa sedar yang secara tidak langsung boleh menyebabkan permukaan gigi menjadi halus dan gigi atau tampalan patah.

Mengunyah makanan yang keras

Keropok lekor yang keras menjadi punca gigi pecah. - Sumber: Afiq Halid
Keropok lekor yang keras menjadi punca gigi pecah. – Sumber: Afiq Halid

Struktur gigi yang lemah lebih cenderung untuk pecah kerana terpaksa menahan beban yang lebih besar daripada kemampuannya. Tekanan tinggi boleh menyebabkan keretakan di permukaan gigi dan mungkin menyebabkan pecah.

Contoh makanan yang keras yang boleh menyebabkan gigi pecah dan sakit ialah kekacang, keropok lekor dan dodol (teksturnya yang melekat dan kenyal memerlukan tenaga yang kuat untuk mengunyahnya).

Dipukul di bahagian muka dan rahang

Apabila muka dipukul menggunakan objek yang keras, kawasan mulut dan gigi akan tercedera. Kecederaan tersebut memberi tekanan yang kuat terhadap rahang yang boleh dikatakan akan menyebabkan gigi pecah atau patah.

Sumber: NCBI

Rawatan SEMENTARA yang boleh dilakukan sekiranya gigi pecah dan sakit

Min faham mesti Tuan Puan ada kekangan masa untuk mendapatkan rawatan. Di samping pula, sekarang ini kalau nak dapatkan rawatan, perlu buat temujanji.

Jadi, Min ada senaraikan beberapa kaedah yang Tuan Puan boleh cuba untuk lakukan SEMENTARA mendapatakan rawatan di klinik pegigian untuk merawat gigi yang pecah.

Kaedah-kaedah yang Tuan Puan boleh lakukan untuk rawat gigi pecah dan sakit adalah:

Penggunaan kain kasa untuk hentikan pendarahan. - Sumber : Lulurani
Penggunaan kain kasa untuk hentikan pendarahan. – Sumber: Lulurani
  • Berkumur
  • Ambil ubat tahan sakit
  • Gunakan kain kasa untuk hentikan pendarahan
  • Bersihkan gigi yang pecah (gigi patah)

Sumber: Shinkotoni Central Blog

Diagnosis akan dilakukan sebelum rawatan untuk gigi pecah

Sebelum melakukan rawatan di klinik pergigian, doktor akan diagnosis gigi pecah Tuan Puan untuk menentukan jenis rawatan yang sesuai.

  • Larutan pewarna akan diletakkan pada gigi untuk membantu melihat gigi pecah.
  • Transiluminasi untuk menyebarkan cahaya ke gigi.
  • Pemeriksaan berkala menggunakan alat khas untuk melihat ukuran gigi yang pecah.
  • Ujian gigitan iaitu menggigit tongkat untuk mencari gigi yang pecah/patah.
  • X-ray untuk mencari kecacatan tertentu.

Sumber: Winchesterhospital.org

Apakah rawatan yang akan diberikan di klinik pergigian?

Mesti Tuan Puan tertanya-tanya rawatan apa yang akan diberikan untuk masalah gigi ini, kan?

Rawatan bergantung kepada tahap kerosakan gigi yang pecah. Antara rawatan di klinik pergigian ialah:

Crown gigi untuk gigi yang pecah. - Sumber : Wanista
Crown gigi untuk menyarung gigi yang pecah. – Sumber: Wanista
  • Crown Cap diletakkan di atas gigi.
  • Dental Veneer – Penutup nipis diletakkan di atas permukaan yang kecil dan menggelupas.
  • Saluran akar – Saluran akar berfungsi untuk membersihkan pulpa yang rosak dan meletakkan pengisi baru di gigi.
  • Pengekstrakan gigi untuk mengeluarkan gigi yang pecah jika kerosakan berada di bawah garis gusi.
  • Penyingkiran bahagian yang pecah iaitu mungkin pecah di akar menegak.

Sumber: Winchesterhospital.org

Tuan Puan juga boleh semak jenis rawatan dan harga yang terdapat di klinik kami (Klinik Pergigian Verde Amani)!

Cara untuk mencegah gigi pecah dan sakit

Ada beberapa kaedah yang Tuan Puan boleh guna untuk elakkan gigi daripada pecah dan sakit.

Antaranya adalah elakkan mengunyah makanan yang keras seperti keropok lekor, ketulan ais dan kekacang sekiranya Tuan Puan mengalami masalah gigi yang kronik. Makanan keras mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan gigi pecah kerana teksturnya yang sukar untuk digigit dan memerlukan tenaga yang kuat untuk mengunyahnya.

Pemakaian splint untuk mengawal tabiat mengetap gigi yang menyebabkan terjadinya gigi pecah dan sakit. - Sumber: AOA Access
Pemakaian splint untuk mengawal tabiat mengetap gigi yang menyebabkan terjadinya gigi pecah dan sakit. – Sumber: AOA Access

Selain itu, Tuan Puan disarankan untuk tidak mengetap atau mengunyah gigi. Jika Tuan Puan mempunyai tabiat seperti itu terutamanya ketika tidur, Tuan Puan haruslah mendapatkan nasihat daripada doktor pergigian untuk menanganinya. Kebiasaannya, doktor gigi akan menyarankan supaya memakai pendakap gigi (splint) untuk mengawal tabiat tersebut.

Adakah Tuan Puan tertanya-tanya, di mana klinik pergigian yang menyediakan servis berserta harga yang berbaloi?

Min cadangkan Tuan Puan dapatkan rawatan di klinik pergigian Verde Amani. Mesti tak menyesal punya.

Kebanyakan bekas pesakit yang pernah mendapatkan rawatan sangat berpuas hati dengan servis dan rawatan di sini.

Mari Min kongsi kepada Tuan Puan, feedback daripada bekas pesakit yang pernah mendapat rawatan di klinik pergigian Verde Amani.

Sumber: Youtube Verde Amani Dental Care

Untuk sebarang pertanyaan/keterangan mengenai gigi pecah atau masalah gigi yang lain secara lebih lanjut dan tetapan temujanji, Min syorkan Tuan Puan untuk hubungi di talian +60175771657 atau terus ke WhatsApp.

Disclaimer: Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus. Sebagai pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada pihak klinik pergigian seperti Verde Amani di sini.