Sakit gigi boleh berlaku secara tiba-tiba dan boleh mengganggu aktiviti kita termasuklah sakit disebabkan gigi geraham berlubang. Selalu, gigi posisinya dibelakang ni lah yang susah untuk kita perhati dan jaga. Rata-rata antara kita pentingkan gigi depan sahaja yang hanya boleh dilihat apabila kita senyum, kan? Apabila gigi kita sakit, mesti rasa tak selesa dan ngilu lagi-lagi bila kita makan dan bercakap.

Adakah sakit gigi geraham berlubang kita disebabkan oleh kebersihan mulut atau jangkitan? Jom luang masa ketahui apa penyebabnya.

APA ITU GIGI GERAHAM?

Gigi geraham adalah gigi yang terletak dibelakang dan normal untuk setiap dari kita mempunyai 3 gigi geraham belakang. Kalau kita perasan, gigi geraham bentuknya ada lekuk-lekuk macam berbukit dan ada parit kat tengah kan? Fungsi utamanya untuk mengunyah makanan dan kat lekuk-lekuk tu lah selalu makanan tersangkut tau.

sakit gigi geraham berlubang
Masalah sakit gigi geraham berlubang boleh menjadi serius jika tidak dirawat awal-awal.
Sumber: Klik Dokter

GIGI GERAHAM BERLUBANG, SAKIT KE?

Untuk pengetahuan, pada peringkat awal gigi berlubang, kita tidak akan merasa sakit. Sakit gigi geraham berlubang bergantung kepada kedalaman lubang gigi itu sendiri.

Gigi terdiri daripada 3 lapisan iaitu enamel, dentin dan pulpa.

sakit gigi geraham berlubang
Lapisan-lapisan gigi
Sumber: Pinterest

Jika lubang di gigi itu hanya mengenai lapisan enamel, rasa sakit itu boleh lagi ditahan oleh seseorang. Lama kelamaan, apabila lubang menjadi lebih besar dan dah terkena lapisan dentin, biasanya kita akan mula merasa sakit, ngilu dan sensetif lagi-lagi bila makan. Apabila lubang menjadi lebih dalam, dan menembusi lapisan pulpa, sudah pasti rasa sakitnya adalah yang teramat kerana sudah sampai ke saraf.

Proses gigi geraham berlubang ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat. Untuk lapisan pulpa, ia memerlukan tempoh yang panjang selama beberapa tahun.

PUNCA SAKIT GIGI GERAHAM BERLUBANG

“Dr, kenapa gigi belakang saya berlubang? Saya selalu je gosok gigi.”

Hmm … Sebenarnya gosok gigi tak cukup, sebab berus gigi yang kita guna tu tak dapat menembusi celah-celah gigi yang ada dalam mulut.

Punca sebenar gigi berlubang ni adalah disebabkan pembentukan plak gigi.

Plak gigi ni adalah makanan yang melekat di antara gigi yang mengandungi bakteria atau kuman dimana ia akan bertindak balas dengan gula dalam makanan. Gula ini akan tersekat di celah gigi kita dan menghasilkan asid dan asid yang terhasil tu akan menghakiskan lapisan enamel gigi.

Senang cerita, pembentukan plak ni gabungan antara bakteria, air liur, asid dan juga serpihan makanan.

Bahaya tau pembentukan plak ni sebab ia akan memakan gigi kita secara perlahan lahan. Lama-lama, gigi kita yang semulajadi keras akan jadi lembut dan berlubang. Dari situlah kita akan rasa sakit gigi geraham berlubang sebab ada bakteria berkumpul dalam mulut.

https://www.facebook.com/verdeamani/posts/2950536308352082

TANDA-TANDA GIGI BERLUBANG

Terdapat banyak tanda atau gejala yang dapat membantu tuan puan mengenal pasti masalah sakit gigi geraham berlubang ini. Untuk memastikan tidak berlakunya gigi berlubang, setiap daripada kita mestilah mengenal pasti punca dan masalahnya dan boleh mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan doktor dengan segera.

Antara gejala gigi berlubang ialah:

  • Gigi berwarna putih kapur
  • Gigi mempunyai tompok hitam
  • Susah ketika membuka mulut
  • Ngilu apabila makan makanan atau minuman yang sejuk atau panas dan manis
  • Mempunyai nafas yang berbau

Tanda-tanda gigi berlubang ini biasanya dikaitkan dengan kerosakan gigi yang ada sebelumnya dan oleh itu memerlukan perhatian segera dari doktor profesional.

RAWATAN AWAL DI RUMAH

Sebilangan besar daripada kita pergi ke doktor gigi apabila gigi atau gusi kita rasa sakit. Seeloknya kita jangan tunggu gigi atau gusi kita sakit baru jumpa doktor. Ini kerana sakit gigi itu tak mungkin berlaku semalaman. Ia ada prosesnya tersendiri untuk sampai ke tahap bermasalah. Itu pentingnya kita melakukan pemeriksaan gigi berkala untuk pastikan gigi dan gusi kita sihat.

Tapi macam mana pulak kalau appointment dengan doktor gigi lambat lagi dan sakit tu dah tak tertanggung? Tuan Puan boleh cuba melegakan kesakitan dengan cara di bawah:

1. Tuam ais

Ais boleh dituamkan untuk meredakan sakit gigi
Sumber: Iluminasi

– Kita boleh menggunakan ais yang dimasukkan dalam beg plastik untuk dituamkan di atas bahagian gigi yang sakit. Ini adalah cara mudah namun, ini hanyalah langkah berjaga bagi meredakan sakit untuk sementara waktu sahaja.

2. Berkumur air suam campuran garam

– Cara ini walaupun nampak tak masuk akal tapi ia mampu melegakan kesakitan. Caranya hanyalah dengan melarutkan garam di dalam air suam dan kumurkan larutan tersebut. Cara ini boleh dilakukan berkali-kali sehingga denyutan pada gigi berlubang hilang

3. Makan ubat penahan sakit (painkiller).

– Ubat penahan sakit boleh didapati di farmasi berhampiran sebelum datang ke klinik untuk mengurangkan rasa sakit.

4. Bawang putih

Bawang putih boleh dijadikan pelega untuk mengurangkan kesakitan
Sumber: Klik Dokter

– Bawang putih sebenarnya mampu membunuh kuman akibat daripada sakit geraham berlubang kerana mempunyai sifat antiseptik dan antimikrobial. Caranya adalah dengan mengunyahnya selama beberapa minit di sisi bahagian yg sakit.

5. Bunga cengkih

– Untuk pengetahuan, bunga cengkih juga boleh digunakan sebagai pelega sementara untuk sakit gigi geraham berlubang kerana ada agen anti radang dan anti bakteria. Bunga cengkih itu boleh dibasuh sebersihnya dan ditumbuk halus, kemudian serbuknya diletakkan ke dalam lubang gigi yang sakit.

Haruslah diingati bahawa rawatan awal di atas hanya untuk emergency case. Tuan Puan boleh cuba sekiranya perlu sahaja dan mestilah juga membuat rawatan di klinik.

RAWATAN YANG PERLU DILAKUKAN

Sekiranya ada diantara tuan puan mengalami tanda-tanda yang dinyatakan di atas, ia mungkin berkaitan dengan gigi berlubang yang terjejas dan tuan puan mestilah berjumpa doktor gigi untuk membuat rawatan. Rawatan terbaik untuk gigi berlubang bergantung pada sebab dan keparahan jangkitan.

Walau bagaimanapun, rawatan biasanya melibatkan proses tampalan gigi.

APA ITU TAMPALAN?

Tampalan gigi adalah rawatan untuk memulihkan gigi yang berlubang dengan menutupkan ruang di mana bakteria boleh masuk menggunakan bahan tampalan seperti resin komposit dan amalgam. Bahan tampalan yang digunakan bergantung kepada kesesuaian rawatan.

sakit gigi geraham berlubang
Rawatan gigi geraham berlubang di VADC
Sumber: FB Klinik Verde Amani

Antara tampalan gigi yang ada ialah:

1. Fissure Sealants

  • Fissure sealant adalah lapisan coating yang melekat pada permukaan lekuk geraham
  • Berfungsi sebagai lapisan pelindung untuk mencegah karies muncul di permukaan gigi berlekuk itu

2. Amalgam

  • Tampalan ini tampalan yang bewarna silver kehitaman dan antara jenis tampalan yang kuat
  • Mampu menampung beban yang tinggi sesuai untuk gigi belakang pada kaviti yang tidak dalam

3. Komposit

  • Tampalan sewarna gigi dimana ia menyerupai warna gigi
  • Diperbuat daripada resin

4. Glass Ionomer Cement (GIC)

  • Tampalan sewarna gigi
  • Sesuai untuk gigi belakang yang berlubang
  • Mengandungi fluorida yang dapat mencegah karies gigi

Tidak tahu mana yang sesuai untuk gigi kita? Jangan risau … Pergilah ke doktor gigi terlebih dahulu, dan doktor akan membuat keputusan yang paling sesuai dengan gigi kita .. OK?

APA PERLU BUAT SELEPAS RAWATAN

Selepas tuan puan mendapatkan rawatan, penting untuk tuan puan dapatkan nasihat doktor dan ada beberapa penjagaan yang perlu dititiberatkan untuk memastikan gigi terus sihat.

  1. Elakkan makan dan minum sehingga rasa kebas hilang.
  2. Elakkan mengunyah dengan menggunakan gigi yang baru ditampal sekurang-kurangnya selama 24 jam.
  3. Tidak makan makanan terlalu sejuk atau terlalu panas.
  4. Memantau masalah gigi yang sensatif
  5. Hubungi doktor jika anda mengalami gigi sensaftif yang memungkinkan ketinggian tampaln tidak sesuai.

CARA CEGAH SAKIT GIGI GERAHAM BERLUBANG

Cara mencegah gigi berlubang ini senang sahaja. Kita perlulah sentiasa ada komitmen dalam penjagaan gigi untuk mengelak berlakunya sakit gigi geraham belakang.

  1. Menggosok gigi 2 kali sehari, selepas makan pagi dan sebelum tidur
  2. Gunakan ubat gigi berflorida
  3. Gunakan flos untuk pembersihan di celahan gigi
  4. Biasakan kumur air selepas makan kerana ia akan meneutralkan asid di dalam mulut
  5. Buat pemeriksaan dengan doktor secara berkala.
sakit gigi geraham berlubang
Pembersihan celahan gigi dengan menggunakan flos
Sumber: Pusat Kesihatan UPM

Pepatah ada mengatakan sudah kalah baru berkubu. Bila dah sakit, baru beringat nak buat rawatan. Jadi, kita harus terus buat pemeriksaan ke klinik untuk kenalpasti sebarang masalah dalam tak sedar seperti gigi berlubang atau kerosakan gigi yang lain.

Nah ini video pengalaman antara pelanggan kita yang sangat berpuas hati dengan rawatan dan layanan di Klinik VADC.

“Layanan mereka, kalau ada SEPULUH, saya bagi SEBELAS” – Pesakit VADC

Di VADC, kami sedia menerima pertanyaan daripada anda. Untuk sebarang pertanyaan/keterangan lebih lanjut dan tetapan temujanji, kami mengalu-alukan puan/tuan untuk terus hubungi kami di talian +60175771657 atau terus ke WhatsApp.

Disclaimer: Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus. Sebagai pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada pihak klinik pergigian seperti Verde Amani di sini ya.