Min perasan ramai yang nak tahu tentang hargaa cabut gigi di klinik swasta kan? Sebab perasan ramai yang google atau cari mengenai harga cabut gigi di klinik swasta. Haa mari luangkan masa untuk baca mengenai ulasan daripada Klinik Gigi Verde Amani mengenai pencabutan gigi dan harga cabut gigi di klinik swasta. Tak lama pon dalam 3 minit sahaja..

harga cabut gigi di kilinik swasta
Sumber: Restorative, Cosmetic & Sedation Dentistry

Sebelum tuan puan tahu mengenai harga cabut gigi di klinik swasta, mari kita faham definisi cabutan gigi?

Menurut KKM, cabutan gigi adalah exodontia yang mana ianya suatu prosedur pengeluaran atau pembuangan gigi daripada tulang rahang. Prosedur mencabut gigi akan dilakukan apabila terdapat gigi yang tidak dapat diselamatkan atau dikaitkan dengan sebarang penyakit.

Prosedur mencabut gigi haruslah dilakukan oleh doktor gigi yang berdaftar sah dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC). Untuk semak sama ada doktor gigi yang anda pergi adalah tulen atau tidak, boleh semak di sini.

Siapa je yang perlu buat cabut gigi ya? Kenapa selalu sangat orang cabut gigi? Apa puncanya ? Hemm rupanya banyak sebab kenapa perlunya lakukan cabutan gigi… Jom baca lagi..

Untuk pengetahuan tuan puan, bukan cuma kanak-kanak sahaja yang akan melalui fasa cabut gigi ini. Orang yang berusia atau remaja juga akan melalui fasa cabut gigi kerana disebabkan beberapa faktor.

Di samping itu, cabut gigi perlu dilakukan jika terdapat ketidakselesaan atau kesakitan pada gigi yang mana ianya akan mengganggu aktiviti harian seseorang itu.

Antara sebab lain perlunya lakukan cabut gigi adalah:

  • Mengalami karies atau kerosakan pada gigi yang teruk
harga cabut gigi di klinik swasta

Karies gigi dikenali sebagai gigi berlubang dan masalah ini boleh dialami oleh semua masyarakat tidak kira kanak-kanak atau dewasa.

  • Periodontitis iaitu penyakit gusi lanjut –
harga cabut gigi di klinik swasta
Gambar penyakit gusi lanjut sebagai ilustrasi sahaja.
Sumber: NSTP

Penyakit periodontal ini jika tidak dirawat akan memusnahkan tulang, gusi dan tisu yang mengekalkan gigi dan mengakibatkan kehilangan gigi. Daripada ianya menjadi lebih serius lebih baik tuan puan segera ke klinik gigi untuk menerima rawatan selanjutnya. Walaupun sakit tetapi merawat adalah lebih baik daripada dibiarkan.

  • Kejadian yang melibatkan patologi
harga cabut gigi di klinik swasta

Patologi dilakukan oleh pakar patologi untuk menganalisa keadaan mulut jika terdapat gigi yang berkenaan berada di dalam atau berhampiran ketumbuhan, sista atau fraktur tulang rahang.

  • Berlaku pulpitis
harga cabut gigi di klinik swasta
Gambar ini ilustrasi kepada pulpitis sahaja.
Sumber: SehatQ

Pulpitis adalah proses keradangan yang menjejaskan tisu pulpa . Pulpa adalah tisu gigi lembut, penuh dengan saraf dan saluran darah kerana jumlah saraf yang besar, sakit gigi akan menjadi sangat teruk.

Perkara yang perlu dilakukan sebelum ke klinik gigi

Jika tuan puan mengalami keadaan seperti yang diberikan, amat disarankan untuk segera menerima rawatan daripada doktor gigi yang sah. Selain mengetahui tentang harga cabut gigi di klinik tersebut, apa yang perlu dilakukan sebelum ke klinik gigi? Hem mari sambung baca lagi.

  • Amat penting untuk makan dahulu –

Tuan puan perlu makan terlebih dahulu untuk mengelakkan kelaparan ketika menunggu ataupun ketika proses rawatan cabut gigi. Kadang-kadang temujanji untuk rawatan diadakan pada awal pagi, atau petang ikut jadual doktor itu. Jika rasa perut kosong, tuan puan perlu mengisi perut dahulu dan beritahu doktor jika dibenarkan. Ini untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini terjadi.

  • Makan ubat-ubatan harian terlebih dahulu

Makan ubat seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi untuk mengelakkan perkara bahaya berlaku. Ini amat disarankan kepada pesakit yang mempunyai penyakit yang memerlukan makan ubat mengiut masa yang dinasihatkan oleh doktor masing-masing.

  • Bawa kad perubatan atau dokumen perubatan bersama apabila berjumpa dengan doktor gigi

Kadang-kadang ketika hari untuk temujanji bersama doktor gigi, pesakit diperlukan untuk membawa kad perubatan atau dokumen perubatan untuk urusan merekod temujanji ataupun untuk keperluan klinik tersebut. Jika tuan puan merupakan pesakit yang sering menerima rawatan di klinik tersebut, klinik tersebut akan memberi kad perubatan untuk pesakit mereka. Ini bagi memudahkan pesakit dan doktor untuk mengetahui tentang temujanji yang telah dijadualkan.

Semasa menerima rawatan juga ada perkara yang perlu dilakukan oleh tuan puan semasa pergi ke klinik gigi. Semasa rawatan tersebut sebelum doktor gigi memulakan prosedur cabut gigi, pesakit hendaklah:

1. Beritahu doktor pergigian jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, jika anda sedang mengambil sebarang ubat, atau sekiranya anda pernah mengalami cabutan gigi yang sukar sebelum ini.

2. Maklumkan kepada doktor gigi anda sekiranya anda berasa kurang sihat atau risau.

Jika tuan puan rasa tidak sedap badan atau sakit pada hari temujanji tersebut, hendaklah segera memberitahu doktor gigi tesebut untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang buruk dan menunda temujanji rawatan.

Perkara yang perlu dilakukan selepas prosedur cabut gigi:

Selepas prosedur cabut gigi ramai yang lalai dan langgar segala pantang larang selepas cabut gigi. Banyak benda yang tuan puan tidak boleh lakukan selepas cabut gigi kerana setengah pantang larang adalah untuk mempercepatkan tempoh pemulihana pada bahagian gigi yang telah dicabut.

Jadi.. apa yang perlu dilakukan selepas cabut gigi ya?? Jom sambung baca di bawah ini.

[1] Rehat secukupnya selepas mencabut gigi

[2] Biarkan dan gigit kain kasa (gauze) yang diberikan oleh doktor gigi untuk diletakkan di atas bekas cabutan sekurang-kurangnya 1 jam selepas atau sehingga pendarahan berhenti.

[3] Ambil ubat sebagaimana yang diarahkan – untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang lebih bahaya.

[4] Dinasihatkan untuk makan makanan yang lembut seperti bubur dan minuman sejuk untuk melegakan kawasan cabutan

[5] Digalakkan untuk berkumur dengan air garam selepas 24 jam kerana air garam mampu membersihkan kawasan cabutan gigi.

Harga Cabut Gigi di Klinik Swasta | Murah ke?

Perkara yang dilarang selepas cabut gigi:

[1] Jangan merokok selepas cabut gigi sekurang-kurangnya selepas 48 jam

[2] Jangan mengorek atau menyentuh bekas cabutan sama ada dengan lidah atau jari

[3] Jangan makan makanan atau minuman yang berasid, berkabonat dan panas bagi mempercepatkan proses penyembuhan

[4] Elakkan daripada minum minuman menggunakan straw bagi mengelakkan pendarahan berlaku.

Jom tengok apa yang doktor gigi Verde Amani kata mengenai pantang larang selepas cabut gigi

Komplikasi yang mungkin boleh berlaku selepas cabut gigi:

  • Kesakitan yang berpanjangan

Ini mungkin terjadi selepas cabut gigi kerana ianya normal. Kesakitan yang berpanjangan bermaksud bahawa proses penyembuhan pada lubang itu yang mana sel-sel darah putih dan sel platelet berkumpul untuk melancarkan proses penyembuhan. Jadi jangan risau kerana ianya merupakan satu proses penyembuhan namun mengambil masa sedikit.

  • Terjadinya soket kering

Selepas cabut gigi, rasa sakitnya mungkin boleh jadi buruk selepas beberapa hari dan boleh menjadi gejala keadaan seperti soket kering atau osteitis alveolar.Soket adalah lubang pada tulang gigi yang telah dikeluarkan. Selepas cabut gigi, darah beku akan terbentuk di soket untuk melindungi tulang dan saraf di bawahnya.

  • Berlaku pendarahan berlanjutan

Selepas cabut gigi situasi pendarahan yang berlanjutan adalah jarang berlaku namun ia mungkin boleh berlaku jika disebabkan oleh pelbagai faktor seperti faktor setempat dan sistemik.

  • Muka kelihatan bengkak menunjukkan tandakan jangkitan/infeksi

Mungkin disebabkan kesan sampingan selepas bius hilang, radang gusi, nanah pada gusi atau kecederaan saraf

  • Kebas yang berpanjangan boleh berlaku

Boleh berlaku kebas kerana kesan bius yang berpanjangan, kerosakan pada saraf sekitar gigi, atau ketumbuhan otak atau saraf tunjang. Jika ini berlaku amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor gigi segera.

Penjagaan yang boleh dilakukan di rumah selepas cabut gigi

  • Menggunakan uncang teh untuk mengawal pendarahan – Melembapkan uncang teh dengan air kemudian lipat uncang tersebut. Setelah itu gigit selama 30 minit. Jika masih berlaku pendarahan yang banyak lebih sejam, hendalah hubungi doktor gigi anda untuk mengelakkan perkara teruk berlaku.

  • Mengawal kesakitan dan jangkitan – Ambil dos ubat tahan sakit yang pertama sebelum rasa kebas hilang. Jika antibiotic telah diberikan, tuan puan hendaklah mengambilnya walaupun tanda-tanda jangkitan kuman sudah tiada.
  • Tuam pek ais pada rahang untuk mengurangkan bengkak. – Tuam di atas bahagian pipi tempat gigi dicabut selama 20 minit. Kemudian, alihkan pek ais tadi dan biarkan bahagian yang sakit tadi itu selama 20 minit. Ulang langkah tuam dan angkat selang seli tadi itu untuk 24 jam yang pertama bagi memberi kelegaan yang optimum.
  • Kebersihan mulut – Slepas mencabut gigi, jika tuan puan ingin memberus gigi, gosok bahagian gigi yang telah dicabut dengan lembut. Bahagian yang lain boleh diberus macam biasa. Namun, jangan cuba mencucuk tempat gigi yang dicabut dengan jari dan elakkan daripada menyentuh bahagian itu dengan lidah untuk mengelakkan darah beku daripada pecah atau tecungkil keluar kerana ia akan mengganggu proses penyembuhan.

  • Selain itu, boleh juga berkumur denganmair garam yang suam selepas makan. Ini boleh menegluarkan cebisan makanan dan kotoran yang mungkin tersekat di bahagian gigi yang dicabut, dan dapat membantu penyembuhan serta mengurangkan risiko jangkitan kuman. Cara membuat air garam adalah dengan 1 sudu the garam dicampur ke dalam segelas air suam.

Harga cabut gigi di klinik swasta – Verde Amani Dental Care (VADC)

Harga cabut gigi di klinik swasta biasanya orang selalu ingat harganya akan menjadi mahal berbanding dengan klinik kerajaan. Ini kerana klinik kerajaan diberikan subsidi yang tinggi yang menyebabkan klinik kerajaan meletakkan harga yang rendah dan murah banding dengan harga cabut gigi di klinik swasta. Jika subsidi tidak diberikan, harga rawatan gigi juga akan menjadi mahal seperti di klinik swasta. Jadi jangan pelik kenapa harga kedua klinik gigi berlainan.

Namun, min perasan ramai yang lebih memilih klinik swasta kerana servis, harga dan persekitaran yang lebih baik dan berbaloi. Salah satu klinik swasta di Klang adalah Verde Amani Dental Care yang menawarkan harga cabut gigi yang berbaloi dan murah mengikut standard harga ditetapkan oleh Persatuan Doktor – Doktor Gigi Malaysia.

Extraction (Cabutan gigi) RM99 ~ RM249
Dental Check & Consultation (Pemeriksaan gigi dan konsultasi)RM25 ~ RM49
Senarai rawatan cabut gigi di klinik Verde Amani

Tuan puan boleh dapatkan rawatan di klinik gigi Verde Amani kerana servis dan rawatan yang friendly dan harga yang berbaloi telah ditawarkan di sini. Mesti tak menyesal punya ~ Jom tengok sebentar review atau feedback daripada pelanggan di klinik Verde Amani.

Sumber: Youtube Verde Amani

Jika anda memerlukan rawatan atau khidmat perundingan kaunseling berkaitan, anda boleh hubungi kami untuk temujanji atau appointment di talian nombor +60175771657 atau klik disini untuk WhatsApp.

Jemput Like, Subscribe, Share dan Turn on Notification di akaun media sosial VADC ya

Disclaimer: Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus. Sebagai pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada pihak klinik pergigian seperti Verde Amani di sini ya.