Bagi orang yang ada masalah gigi ‘lari alignment’ dan nak betulkan mesti rajin kan Google quotation harga pasang braces di klinik swasta? Iye lah, kalau ada iklan braces yang lalu dekat IG nampak cantik cantik aksesori braces tu dekat gigi. Tapikan, sebelum nak cari klinik gigi pasang braces, mesti kita nak tahu juga sedikit sebanyak tentang braces kan? Selamat ke tidak dan sebagainya. Luangkan masa 5 minit untuk baca ulasan Klinik Pergigian Verde Amani disini ya!

harga pasang braces swasta tips pilih warna
Nak tahu tips pilih warna getah braces, klik link disini ya!

Apa itu braces? Braces atau pendakap gigi adalah satu alat untuk membetulkan dan meluruskan gigi serta membaiki kedudukan gigitan gigi di dalam sesebuah rahang. Mesti ramai lagi yang tidak tahu kan apa kegunaan braces, cara penjagaan braces dan banyak lagi. Jadi jum kita baca lebih lanjut tentang harga pasang braces swasta tak sampai 5 minit pun!

harga pasang braces swasta 1
sumber: facebook verdeamani

Siapa yang perlu pasang braces ni? Kenapa perlu pakai braces? Haaa mesti ramai pakai braces tapi taktahu sebab apa kan?

Ramai yang berpendapat yang memakai braces ini adalah satu trend dan ikutan zaman sekarang. Tapi hakikatnya, tak perlu pun jika anda tiada masalah gigi yang memerlukan pemasangan braces.

Okay. jadi siapa yang perlu pasang braces ialah individu yang mempunyai masalah susunan gigi yang tidak teratur perlu menggunakan braces untuk membetulkan kedudukannya. Namun, anda sendiri tidak boleh menilai sama ada gigi anda memerlukan rawatan ortodontik atau tidak.

Keperluan untuk melakukannya adalah bergantung kepada tahap keterukan gigi anda OLEH DOKTOR GIGI BERTAULIAH. Dua keadaan yang memerlukan pesakit memakai braces adalah mereka yang mempunyai MASALAH FUNGSI GIGI untuk yang pertama. Seterusnya adalah aestetik, yang mana ianya memang untuk membetulkan gigi yang jongang, jarang, lari alignment dan sebagainya.

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca ulasan Dr. Putra dari VADC disini ya: hmetro.com.my: Bukan Untuk Bergaya

Ada banyak pemasangan braces palsu yang berada di pasaran hanya disebabkan harga pasang braces yang ditawarkan swasta tersebut murah. Jangan jadi mangsa penipuan sindiket fake braces diluar sana!

Jum sambung baca lagi tentang harga pasang braces swasta kalau nak tahu dekat mana yang selamat!

Antara faktor yang menentukan tempoh pemakaian braces adalah:

  • Jenis Rawatan

Jenis rawatan bergantung kepada jenis braces yang pesakit perlukan mengikut pandangan doktor yang mereka rujuk untuk membetulkan gigi. Terdapat pelbagai pilihan jenis pendakap gigi seperti metal braces, ceramic braces dan clear braces. Kesemuanya ini memerlukan tempoh masa yang berbeza untuk membetulkan kedudukan gigi pesakit.

  • Usia Pesakit

Pesakit yang lebih muda (individu kanak-kanak dan remaja) cenderung untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat kerana rahang mereka masih dalam proses membesar, maka lebih mudah gigi untuk dibetulkan. Secara tidak langsung menjadikan tempoh pemakaian braces kurang daripada 3 tahun. Pesakit yang lebih berusia atau dewasa pula sudah tentu akan mendapatkan hasil yang sedikit lambat. Namun, terdapat juga faktor lain yang menentukan tempoh ini.

  • Tahap Keterukan Masalah Gigi

jika pesakit mempunyai masalah gigi seperti spacing atau crowding yang agak teruk, maka akan lebih lama pesakit perlu pasang braces. Secara kasarnya, braces mungkin akan dipakai selama tempoh 1 hingga 3 tahun, bergantung kepada individu.

Selepas ia dibuka pula, pesakit masih perlu memakai retainer semasa sedang tidur, untuk sekurang-kurangnya bagi tempoh 6 bulan.

  • Tiada Had Khusus

Apa yang boleh disimpulkan di sini, tiada tempoh yang tepat untuk menentukan berapa lama seseorang itu perlu memakai pendakap gigi. Segalanya lebih bergantung kepada beberapa faktor yang melibatkan individu itu sendiri. Namun, tempoh purata dan kebiasaan bagi seseorang individu memakai pendakap gigi adalah selama 1 hingga 3 tahun.

sumber: google

Pemakaian braces biasanya merupakan prosedur yang selamat. Doktor gigi yang akan menjalankan rawatan ortodontik semestinya telah mendapat latihan yang mencukupi sebelum mendapatkan lesen mereka.

Namun, tidak salah juga jika tuan puan nak tahu jika ada kesan sampingan jika kena pakai braces. Ada sesetengah kajian melaporkan gusi atau pipi di bahagian gigi yang terlibat boleh membengkak. Kehilangan gigi atau gigi boleh mati sepenuhnya. Namun, ianya adalah kes terpencil dan seperti yang telah diterangkan tadi, doktor akan membuat penilaian terlebih dahulu kepada pesakit.

Berikut merupakan senarai risiko memakai braces, jika tuan puan masih berminat untuk tahu.

[1] Gusi Menyusut

Ada pendapat di antara pakar pergigian yang menyatakan bahawa pemakaian braces memberikan tekanan pada tulang gigi dan gusi anda. Kaitan pemakaian braces ini dikatakan boleh menyebabkan gigi menyusut disebabkan tekanan yang berterusan ini penyebab kepada keradangan dan kehilangan tulang. Jika berterusan, ia boleh mengakibatkan gusi menyusut.

[2] Penyakit Gusi

Pengumpulan plak dan tartar lebih mudah jika memakai braces. Jika tidak dijaga dengan betul akan menyebabkan masalah ini.

Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan penyakit gusi kerana peningkatan bakteria yang tidak baik dalam mulut anda. Selain itu, keradangan gusi juga membolehkan jangkitan berlaku dengan lebih mudah.

[3] Gigi Sensitif

Sesiapa sahaja boleh mengalami gigi sensitif, tetapi pemakai braces lebih berisiko. Hal ini kerana keadaan gigi yang lebih sukar untuk dibersihkan dan kesihatan mulut yang tidak dijaga boleh mengakibatkan keradangan atau penyusutan gusi.

[4] Akar gigi menjadi lebih pendek

Apabila anda memakai braces, Semasa pergerakan gigi berlaku, sebahagian tulang lama akan larut sementara tulang baru tumbuh di belakangnya. Kepanjangan akar gigi akan hilang secara kekal semasa proses ini berlaku, yang boleh mengakibatkan gigi kurang stabil.

[5] Pembetulan gigi tidak kekal

Keadaan ini boleh berlaku jika anda tidak mengikuti arahan pakar selepas membuka pendakap gigi. Selepas dibuka, anda sepatutnya selalu memakai retainer seperti yang diarahkan oleh doktor gigi anda.

Jika anda tidak rajin memakainya, anda berisiko untuk kehilangan sebahagian daripada pembetulan struktur gigi yang diperoleh semasa memakainya. Pemakaian retainer sangatlah penting kerana ianya akan mengekalkan kedudukan gigi kita.

Jika anda tidak memakan retainer selepas membuang braces, anda akan berisiko untuk gigi anda berubah menjdi seperti gigi asal. jadi ianya sia sia lah anda memakai braces selama ini.

Kalau buat braces dengan doktor gigi berdaftar, tuan puan tidak ada apa yang perlu dirisaukan sangat lah. Harga pasang braces di klinik swasta pun sekarang dah boleh bincang dah. Mungkin offer dari klinik pergigian lagi elok daripada offer fake braces yang murah tapi tak boleh gerenti selamat tu?

Nah, siap satu video Tiktok terus kita bagi apa yang nak kena ada atau jaga bila dah pakai braces Tapi tak apa, kita sertakan juga tips bertulis ya~

Tips penjagaan braces

  1. Berhati-hati dengan apa yang dimakan


    Di peringkat awal pemasangan braces, pastikan hanya makan makanan yang lembut untuk beberapa hari pertama sebagai langkah menyesuaikan diri. Tuan Puan boleh memilih makanan seperti pasta, roti, sayuran lembut, puding, sup, yogurt, dan lain-lain.

    Selepas 3 atau 4 hari, rasa sakit akan mula hilang dan anda boleh beralih ke makanan pejal tetapi jauhi makanan yang keras seperti kacang dan sebagainya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada gigi dan pendakap anda. makanan dari lubang pada gigi dan melegakan keradangan. Jangan kumur dengan air panas atau sejuk. Suhu yang terlalu panas atau sejuk boleh menyebabkan rasa sakit bertambah teruk.

  2. Gunakan Dental Wax


    Selain itu, gunakan dental wax untuk mengelakkan luka di bahagian dalam mulut: Dental wax dapat mengelakkan luka di bahagian dalam mulut. Anda boleh mendapatkannya dari doktor gigi untuk mengurangkan rasa tidak selesa.

  3. Kumur mulut dengan air garam


    Sekiranya Tuan puan mengalami kegatalan yang ketara di bahagian dalam mulut, cuba kumur dengan air garam suam selama 30 saat dan ulang 5-6 kali sehari. Air garam akan membantu menghilangkan rasa sakit dan membantu kawasan mulut yang luka sembuh dengan cepat.

  4. Amalkan penjagaan gigi dan gusi yang bersih


    Gunakan berus gigi yang disyorkan untuk membersihkan gigi selepas makan. Ikuti rutin memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan flos secara berkala. Praktikkan gaya pemakanan sihat dan banyakkan makanan yang mengandungi vitamin dan mineral yang dapat bantu menjaga kesihatan gigi dan gusi anda.

    harga pasang braces swasta berus gigi

  5. Jauhi makanan bergula dan melekit!


    Elakkan memakan makanan seperti popcorn, kacang, gula gula, ice dan paling penting chewing gum. Kerana ianya boleh melekat di besi braces kita dan boleh menyebabkan bracket braces anda tercabut.

Harga Pasang Braces Swasta 

Harga pasang pendakap gigi yang ditawarkan oleh VADC adalah mengikut lingkungan harga yang disyorkan oleh Persatuan Doktor- Doktor Gigi Malaysia:

Orthodontics (Braces/Pendakap Gigi) Prosedur di Verde Amani RM6999 ~ RM7999
Routine checkup for braces outpatient RM200
Retainer RM249-RM499

Rawatan ortodontik atau harga braces di VADC (klinik swasta) sangat murah dan berbaloi kerana:

Ramai yang sangat berpuas hati dengan servis dari kita tau~

sumber: youtube verdeamani

Jika anda memerlukan rawatan atau khidmat perundingan kaunseling berkaitan, anda boleh hubungi kami untuk temujanji atau appointment di talian nombor +60175771657 atau klik disini untuk WhatsApp.

Jemput LikeSubscribeShare dan Turn on Notification di akaun media sosial VADC ya

Disclaimer: Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus. Sebagai pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada pihak klinik pergigian seperti Verde Amani di sini ya.

Jika anda memerlukan nasihat berkaitan perubatan dan klinikal, anda perlu segera mendapatkannya dari doktor. Pemunya entiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kelewatan dalam pengubatan akibat daripada mengakses maklumat dari laman blog ini kerana artikel ini hanyalah bersifat bacaan umum.