Yang cari dekat Google cara hilangkan sakit gigi ni kalau bukan sebab takut jumpa doktor, mungkin juga adalah orang yang tengah tunggu hari appointment doktor kan? Ada beberapa cara untuk melegakan ke sementara waktu disini, jom singgah dan baca sekejap dalam 5 minit sahaja!

Aduh, sakitnya~

Pernah tak jumpa orang tu badmood kerana menahan kesakitan gigi atau mulut mereka? Mesti pernah kan? Kadangkala kanak-kanak yang lebih cenderung untuk mengalami kesakitan pada gigi sehingga mereka menangis menahan sengsara. Tapi orang yang telah berumur juga boleh mengalaminya sehinggakan tiada selera makan kerana rasa sakit di mulut. Memang spoil mood betul !! Mari admin ceritakan tentang kesakitan ini dengan lebih mendalam.

cara hilangkan sakit gigi 1
Sumber: GPS Dental

Apa itu sakit gigi?

Sakit gigi adalah kesakitan yang dialami pada kawasan sekitar gigi atau rahang. Ia sering berlaku kepada mereka yang sering mengabaikan kebersihan dan kesihatan mulut. Fungsi utama gigi adalah untuk mengunyah dan memecah makanan menjadi partikel kecil supaya boleh dihadam dengan betul. Ia akan mempengaruhi bentuk muka dan membantu seseorang itu menyebut bunyi dan juga akan menghasilkan senyuman yang indah.

Bagaimana sakit gigi boleh berlaku?

Selalunya kita ingat yang kesakitan gigi sering berlaku diakibatkan oleh masalah pada gusi atau gigi kita sendiri. Tapi, terdapat pelbagai punca yang boleh dijumpai yang menyebabkan seseorang itu merasai kesakitan pada gigi. Ia juga boleh berpunca selain daripada gigi atau gusi seperti:

  1. Resdung atau sinus tersumbat
  2. Kanser paru-paru atau sakit jantung
  3. Sakit telinga

Apa penyebab utama sakit gigi?

Punca utama yang selalu ditemui adalah kerosakan pada gigi atau karies gigi. Penjagaan kebersihan gigi yang kurang baik akan mengakibatkan gigi rosak. Bukan punca daripada gigi rosak sahaja yang menyebabkan kesakitan pada gigi. Antara punca lainnya adalah:

  • Mempunyai penyakit keradangan gusi
  • Gigi yang sensitif
  • Gigi bongsu yang tumbuh senget atau gigi tersepit
  • Gigi yang retak
  • Sakit sendi rahang
  • Berlaku nanah pada bahagian poket gusi atau dikenal abses gigi.

Tanda – tanda sakit gigi

Gigi berlubang adalah tanda klasik sakit gigi. Gigi berlubang selalunya terjadi apabila ada lubang kecil dan tidak dirawat segera. Gigi yang berlubang kecil tidak mendatangkan sakit pada mulanya, namun ia akan mula terasa sakit apabila saiznya membesar.

Eee, seram kan bunyi nya? Ingat lagi masa sekolah rendah, doktor gigi akan datang ke sekolah secara berkala untuk periksa keadaan gigi murid-murid dan selalunya kanak-kanaklah yang sering berlaku gigi berlubang kerana sering makan makanan manis seperti gula-gula.

Lubang pada gigi berlaku kerana terjadi pembentukan plak pada gigi. Plak adalah gabungan bakteria, air liur, asid dan serpihan makanan. Mulut seseorang itu sebenarnya mempunyai bakteria semulajadi dimana selepas makan atau minum air yang manis atau bergula, bakteria akan menukar gula kepada bahan yang berasid. Inilah terbentuknya plak dimana ia akan terbentuk selepas makan. Dengan sebab itulah seseorang itu dinasihatkan untuk kerap menggosok gigi sejak dari kecil lagi.

cara hilangkan sakit gigi 2
Sumber: Colgate

Apakah risiko yang dihadapi jika dibiarkan ?

Sakit gigi akan mengganggu seseorang itu menjalani kehidupan harian seperti biasa, ia malah akan mengganggu pekerjaan seseorang itu. Ia akan menjadi teruk jika tidak menerima rawatan segera daripada doctor gigi.  Komplikasi selain mengganggu kehidupan seharian adalah:

  1. Sukar untuk mengunyah makanan atau tidur yang lena
  2. Berlaku bengkak pada gusi atau pipi pada bahagian gigi yang sakit
  3. Rasa berdenyut pada gusi dan rahang
  4. Gigi boleh mati sepenuhnya atau kehilangan gigi
  5. Mengalami abses gigi – Abses gigi perlukan rawatan segera dimana sekiranaya abses pecah, rasa kesakitan gigi yang berdenyut akan berkurang namun masih perlukan rawatan pergigian. Lebih teruk jika poket nanah tidak kering betul-betul jangkitan boleh merebak ke bahagian rahang, leher atau kepala kita. Menakutkan bukan? Jadi amat penting kita untuk sentiasa melakukan rawatan gigi di klinik gigi.

Cara hilangkan sakit gigi

Jujurnya, tiada cara lain untuk hilangkan sakit gigi melainkan dengan berjumpa dengan pakar gigi, iaitu doktor gigi. Namun, admin faham jika Tuan Puan memerlukan pelega kesakitan buat sementara waktu sebelum mendapatkan rawatan.

https://www.facebook.com/verdeamani/posts/4632301650175531

Macam mana pun petua yang ada, cara hilangkan sakit gigi yang paling berkesan adalah dengan berjumpa dengan doktor gigi ya.

“Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati”

Lebih baik tingkatkan penjagaan gigi daripada menyesal di kemudian hari, kan? ini caranya untuk tingkatkan kualiti kebersihan gigi:

Memberus gigi dengan kerap

Memberus gigi hendaklah dilakukan secara rutin kerana ia mampu untuk mencegah sakit gigi tapi ianya tetap dianggap tidak penting. Kita digalakkan untuk mengamalkan rutin memberus gigi dua kali dalam sehari kerana ia akan manfaatkan untuk membersihkan sisa makanan serta mengelakkan berlaku plak yang mengandungi bakteria di dalamnya.

Sakit gigi
Sumber: Fun Childhood

Mengambil ubat gigi yang betul

Memberus gigi hendaklah menggunakan ubat gigi yang betul dengan memilih ubat gigi dengan fluoride. Jadi macamana dengan memilih ubat gigi yang betul boleh membantu untuk menghilangkan kesakitan pada gigi? Ubat gigi mempunyai kepekatan mineral yang tinggi dimana terdapat beberapa faedah fluoride untuk gigi seperti, ia  mampu mencegah kerosakan lebih lama dengan merangsang pengeluaran fluorapatite yang mana enamel gigi akan mampu menahan asid dan bakteria.

Melakukan pemeriksaan gigi secara berkala di klinik gigi

Pemeriksaan doctor gigi mampu mengesan dan merawat pelbagai masalah pergigian yang sama kita sendiri sukar untuk ketahui. Kita mungkin tidak sedar yang kita mempunyai rongga dan tartar kerana ia tidak merasa sakit pada mulanya, namun jika berlubang yang tidak dirawat ia akan menyebabkan jangkitan ke akar gigi. Ini akan menjadi lebih serius dan parah. Takut bukan?? Jadi, amat disarankan untuk setiap orang melakukan pemeriksaan gigi secara berkala setiap 6 bulan bagi mengelakkan rasa sakit gigi.

Sakit gigi
Sumber: Whistler Dental
Jangan takut untuk buat scaling gigi klinik. Dekat Klinik Pergigian Verde Amani, ramai puji doktor gigi kata tak sakit bila buat disini.

Pengambilan makanan dan minuman yang boleh merosakkan gigi dilakukan secara terhad

Terdapat beberapa jenis makanan atau minuman yang boleh mengakibatkan sakit gigi. Contohnya, makanan atau minuman yang panas, sejuk, masam dan terlalu manis. Makan makanan yang sedap dan manis itu memang satu nikmat namun sekiranya kita mempunyai gigi yang sensitive, gula boleh merosakkan enamel yang melindungi saraf. Boleh nak makan makanan yang sedap dan manis namun jangan lupa untuk bersihkan gigi selepas itu ya.

Bersenam untuk merasa gembira dan tenang

Melakukan senaman akan melepaskan endorphin di mana ia merupakan penenang rasa sakit semua jadi. Cara lain untuk melegakan rasa sakit dengan melakukan aktiviti bersenam seperti berlari dan apa jua jenis senaman.

Satu lagi komen pelanggan atau pesakit yang berpuas hati dengan servis tip top dari VADC:

Dengarkan apa kata pesakit kita komen tentang sakit gigi ini ya

Disclaimer: Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus. Sebagai pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada pihak klinik pergigian seperti Verde Amani di sini ya.

Jom subscribe, like, share dan turn on notification di akaun media sosial VADC untuk mengetahui informasi tentang pergigian.

Sumber Rujukan Untuk Cara hilangkan Sakit Gigi:

  • Sakit Gigi – link
  • Punca Sakit Gigi – link
  • Simptom Sakit Gigi – link
  • Cara mencegah sakit gigi – link